awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fatehah sahut sasaran tinggi MSN lahirkan pelapis berwibawa

Astro Arena
Astro Arena
06/10/2020
23:23 MYT
Fatehah sahut sasaran tinggi MSN lahirkan pelapis berwibawa
Fatehah akan membantu ketua jurulatih, Suod Kassim, untuk menggilap bakat baru menerusi lima program ujian di seluruh negara. - Gambar fail
MAJLIS Sukan Negara (MSN) menetapkan sasaran tinggi ke atas Fatehah Mustapa selepas bekas ratu berbasikal trek negara itu diumumkan sebagai jurulatih program pelapis wanita kebangsaan.
Fatehah perlu memastikan pelumba pilihannya menerusi program pencarian bakat mampu menyumbangkan pingat dalam Kejohanan Trek Remaja Dunia dan Asia 2024.
"Berdasarkan rekod, kami pernah memenangi pingat menerusi kategori lelaki, jadi saya harap dia dapat melakukan sesuatu.
"Kejohanan ini boleh dijadikan batu loncatan buat mereka untuk ke peringkat senior," kata Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jeffri Ngadirin, dalam sidang media di Bukit Jalil hari ini.
Fatehah akan membantu ketua jurulatih, Suod Kassim, untuk menggilap bakat baru menerusi lima program ujian di seluruh negara.
Sasarannya adalah mengumpul 100 pelumba trek wanita bagi menjalani ujian spesifik di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan, pada bulan depan sebelum jumlah itu dikurangkan kepada 15 orang.
Kelompok itu juga akan dijaga dengan rapi termasuk ditawarkan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.
"Ibu bapa tidak perlu risau sebab kami akan jaga mereka tetapi ia terpulang kepada diri sendiri.
"Mereka perlu berdikari kerana saya dulu pun mula merantau pada usia 14 tahun sementara 18 tahun ke Australia.
"Semuanya atas diri sendiri, saya dan cikgu akan beri panduan daripada segi keperluan mereka.
"Kami akan pastikan mereka dalam keadaan selamat," kata bekas pelumba kelahiran Terengganu itu.
Topic Berkaitan
#Majlis Sukan Negara
#MSN
#Fatehah Mustapa
#ratu berbasikal trek
#basikal trek
#jurulatih
#pelapis
#wanita
#pelumba pilihan
#pencarian bakat
#Kejohanan Trek Remaja Dunia
#Kejohanan Trek Remaja Asia
#2024
#Jeffri Ngadirin
#pelumba trek wanita
#Suod Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan