SUKAN
Federasi sukan luncur beroda Asia Tenggara perkukuh hala tuju serantau
Delegasi dari Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Myanmar dan Indonesia bertemu sempena acara skateboarding di Sukan SEA Thailand di Bangkok minggu lepas. - Foto Malaysia Skate Federation.
BANGKOK: Sempena penganjuran Sukan SEA Thailand, federasi sukan luncur beroda (Skate) negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat susulan bagi memacu hala tuju, pembangunan dan kelangsungan sukan skate di rantau ini.
Mesyuarat di Bangkok ini merupakan pertemuan kedua, selepas mesyuarat pertama yang diadakan di Pulau Pinang semasa Skate Tour ASEAN pada Ogos 2025, yang menjadi titik permulaan kepada penyelarasan serantau dan usaha merangka kerjasama lebih tersusun.
Perkembangan sepanjang kedua-dua mesyuarat ini menunjukkan peningkatan komitmen negara anggota, seiring maklum balas positif daripada World Skate terhadap pertumbuhan ekosistem sukan skate di Asia Tenggara.
Negara-negara ASEAN turut melihat peningkatan minat atlet muda serta potensi sukan ini untuk kekal berkembang sebagai sukan berprestij, terutama dengan status skateboard sebagai sukan program penuh Olimpik.
Sorotan & Peranan Malaysia
1. Malaysia tampil sebagai peneraju dalam memperkukuh agenda serantau melalui beberapa cadangan utama:
2. Memohon agar disiplin SKATE dimasukkan secara rasmi ke dalam senarai sukan Sukan SEA di bawah Piagam SEAGF.
3. Menubuhkan sekretariat ASEAN Skate Initiatives (ASI), yang akan diterajui negara tuan rumah secara bergilir, dengan Malaysia menjadi negara pertama memacu pelaksanaannya.
4. Menjadikan ASI platform penyelarasan pembangunan merentas aspek pertandingan, kejurulatihan, pengadilan dan pentadbiran.
5. Memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) serantau yang kini dalam fasa penyediaan, sebagai dokumen teras pelaksanaan ASI.
Secara kolektif, kedua-dua mesyuarat, bermula di Pulau Pinang dan kini di Bangkok menandakan permulaan era baharu pembangunan serantau.
Ia juga mengukuhkan matlamat bersama untuk memperluas kejohanan rasmi, membangunkan bakat atlet, serta meningkatkan penyertaan di peringkat antarabangsa dan Olimpik.
Malaysia yakin bahawa ASEAN Skate Initiatives akan menjadi pemacu utama dalam menyelaraskan usaha pembangunan berstruktur dan jangka panjang demi memartabatkan sukan skate sebagai sukan strategik rantau ASEAN.