awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Federer akan beraksi dalam perlawanan tenis terakhir

Bernama
Bernama
22/09/2022
04:03 MYT
Federer akan beraksi dalam perlawanan tenis terakhir
Roger Federer menjalani sesi latihan menjelang kejohanan tenis Piala Laver di Arena O2, London, 21 Sept 2022. (Foto AP)
ANKARA: Lagenda tenis Switzerland Roger Federer, juara Grand Slam 20 kali, mengesahkan hari ini bahawa beliau akan beraksi pada perlawanan terakhir dalam kariernya di Piala Laver 2022 di London.
Pemain berusia 41 tahun itu mengumumkan persaraannya daripada sukan tenis minggu lalu kerana mengalami kecederaan pada lutut. Beliau tidak bermain sejak Wimbledon 2021, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap pada sidang media di London's O2 Arena, Federer berkata beliau akan bermain untuk satu perlawanan pada Jumaat malam.
Federer mengakui berasa "gugup" untuk bersaing di Piala Laver kerana sudah lama tidak menyertai pertandingan.
"Jadi, saya cuba bersedia untuk perlawanan terakhir saya. Kita lihat bagaimana nanti. Saya gementar kerana sudah lama tidak bermain. Saya harap ia berjalan lancar."
Federer sebelum ini mengesahkan bahawa Piala Laver, yang akan bermula pada Jumaat, akan menjadi "acara ATP terakhirnya."
Memulakan kerjaya tenis profesionalnya pada 1998, Federer berjaya muncul sebagai antara pemain hebat sepanjang zaman sukan itu.
Ikon Switzerland itu juga memegang rekod untuk gelaran Wimbledon terbanyak, dengan merangkul lapan kejuaraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Roger Federer
#tenis
#Piala Laver 2022
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan