[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Federer gembira beraksi di Doha

Astro Arena 12/03/2021 | 04:37 MYT
Roger Federer ketika beraksi menentang Dan Evans dalam pusingan pertama Terbuka Qatar di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa The Khalifa, Doha, Qatar, 10 Mac, 2021. REUTERS
ROGER Federer 'sangat gembira' dengan persembahannya setelah kembali dalam Jelajah ATP tetapi tidak akan beraksi dalam Kejohanan Tenis Dubai.
Selepas 14 bulan berehat ekoran kecederaan lutut, Federer kembali beraksi dalam Terbuka Qatar Rabu lalu, mengatasi rakan sepelatih Dan Evans dalam tiga set.
Tetapi Nikoloz Basilashvili, lawan seterusnya buat Federer, membuktikan masih terlalu jauh bagi pemain berusia 39 tahun itu apabila tewas 3-6, 6-1, 7-5.
Federer cemerlang dalam set pembukaan dan bangkit daripada set kedua yang sukar sehingga memaksa perlawanan ditentukan dalam set penentuan, tetapi Basilashvili lebih cergas berjaya meraih kemenangan pertama dalam karier ke atas pemenang grand slam 20 kali itu.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak memburukkan minggu Federer.
"Saya sudah mengetepikannya," kata Federer. "Saya mahu beraksi esok, tetapi dalam masa sama, saya sangat gembira untuk berehat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya gembira dengan saya bermain. Saya gembira dengan keputusan semalam. Saya gembira kerana kembali dalam Jelajah ATP. Saya gembira kerana berada di Doha.
"Jadi ia sangat positif bagi saya
"Saya sangat gembira kerana beraksi dalam tiga set berturut-turut berdepan lawan bertaraf elit. Ia langkah penting bagi saya."
#Roger Federer #Grand Slam #Dubai #Qatar #tenis #Jelajah ATP #Terbuka Qatar #dan evans #Nikoloz Basilashvili #kecederaan lutut