awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Federer, Nadal cadang penggabungan ATP, WTA

Astro Arena
Astro Arena
23/04/2020
05:03 MYT
Federer, Nadal cadang penggabungan ATP, WTA
Roger Federer dan Rafael Nadal sependapat berhubung penggabungan saingan WTA dan ATP. - Gambar fail
LEGENDA tenis, Roger Federer dan Rafael Nadal, berpendapat sudah tiba masa untuk penggabungan saingan WTA dan ATP.
Kedua-dua kejohanan lelaki (ATP) dan wanita (WTA) terpaksa ditangguhkan, sekurang-kurangnya sehingga pertengahan Julai susulan wabak coronavirus.
Bintang Switzerland, Federer, kini memikirkan kemungkinan untuk menjadikan kedua-dua acara jelajah itu di bawah kelolaan satu badan dan meluahkannya menerusi Twitter.
"Adakah saya sahaja yang memikirkan sudah tiba masa untuk acara lelaki dan wanita digabungkan menjadi satu?" katanya.
"Saya tidak bercakap mengenai penggabungan kejohanan di atas gelanggang tetapi menganjurkannya menerusi satu badan untuk kejohanan lelaki dan wanita."
Pendapat Federer itu turut disokong Nadal menerusi Twitter.
"Hey @rogerfederer seperti apa yang pernah dibincangkan, saya bersetuju dan ia pastinya hebat untuk mengelakkan daripada krisis dunia menerusi penggabungan saingan lelaki dan wanita."
Topic Berkaitan
#ATP
#gabung
#jelajah
#krisis dunia
#Rafael Nadal
#Roger Federer
#tangguh
#tenis
#tennis
#WTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan