Fermín Lopez dan Rashford bawa Barcelona kembali ke gaya lama mereka

Kemenangan besar ini menjadi tonik terbaik buat Barcelona menjelang pertembungan El Clásico hujung minggu ini. - Foto REUTERS
FERMIN López mencuri tumpuan dengan hatrik pertamanya manakala Marcus Rashford meledak dua gol ketika Barcelona membelasah Olympiacos 6-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.
Ringkasan AI
- Fermin mencetak hatrik pertama, Rashford menyumbang dua gol dalam kemenangan besar 6-1 Barcelona.
- Kad kuning kedua Santiago Hezze beri kelebihan pemain kepada Barca, yang terus menjaringkan empat gol dalam 11 minit.
- Kemenangan ini beri suntikan moral menjelang pertemuan dengan Real Madrid, yang telah ditundukkan empat kali musim ini.
Berbekalkan kelebihan seorang pemain, Barca tidak menoleh ke belakang lagi. Dalam tempoh 11 minit, mereka meledak empat gol bermula dengan sepakan penalti Lamine Yamal yang menjadi pemain termuda dalam sejarah dengan 25 penampilan Liga Juara-Juara (18 tahun 100 hari) selepas Rashford dijatuhkan dalam kotak penalti.
Rashford kemudiannya menambah jaringan keempat menerusi sepakan rendah ke penjuru gawang, sebelum Fermín melengkapkan hatriknya dengan rembatan padu dari luar kotak penalti.
Penyerang England itu kemudian meledak satu lagi gol untuk menjadikan jumlah peribadinya empat jaringan dalam tiga perlawanan Eropah musim ini.
Kemenangan besar ini menjadi tonik terbaik buat Barcelona menjelang pertembungan El Clásico hujung minggu ini dengan juara LaLiga itu telah menewaskan Real Madrid dalam keempat-empat pertemuan mereka sepanjang musim 2024-25.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami