awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA beku sementara pembiayaan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia

Bernama
Bernama
07/04/2023
03:30 MYT
FIFA beku sementara pembiayaan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia
FIFA akan menilai secara menyeluruh pelan strategik yang telah dibentangkan oleh presiden PSSI Erick Thohir di Paris pada Khamis sebelum menarik balik sekatan itu. - Foto fail/REUTERS
JAKARTA: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membekukan pembiayaan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) selepas melucutkan hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023 negara itu minggu lepas.
FIFA bagaimanapun menegaskan komitmen penuh untuk menyokong PSSI dalam proses transformasi bola sepak Indonesia.
"Susulan mesyuarat minggu lalu, Pentadbiran FIFA, mencadangkan sekatan sementara ke atas penggunaan dana FIFA Forward sehingga notis selanjutnya," kata presidennya Gianni Infantino.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata FIFA akan menilai secara menyeluruh pelan strategik yang telah dibentangkan oleh presiden PSSI Erick Thohir di Paris pada Khamis sebelum menarik balik sekatan itu.
Sebagai susulan kepada pertemuan mereka di Qatar pada 29 Mac, Erick turut berkongsi rancangan kerajaan Indonesia untuk melabur dalam infrastruktur bola sepak di seluruh negara.
FIFA menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah kejohanan 24 pasukan itu selepas dua gabenor wilayah enggan menjadi tuan rumah pasukan Israel yang turut beraksi dalam kejohanan itu.
Piala Dunia B-20 yang dijadual dari 20 Mei hingga 11 Jun sepatutnya berlangsung di enam lokasi - Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#PSSI
#Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023
#pembiayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan