[TERKINI] Polis Tahan Pengasas eHati dan Suami Susulan Dakwaan Program Motivasi Rumah Tangga Songsang – Ikuti Perkembangan Di Sini
SUKAN

FIFA beri amaran kepada Erick Thohir

Astro Arena 15/07/2025 | 00:40 MYT
Mengikut pengurusan bola sepak antarabangsa, seorang presiden badan induk tidak dibenarkan memiliki kerusi lain ketika menerajui persatuan bola sepak negara. - Foto Astro ARENA
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, akan meletakkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil dan akan diganti dengan individu yang lebih tepat.

Jika tidak mahu dikenakan denda, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memberikan amaran kepada Indonesia khususnya Erick Thohir yang memegang dua posisi sekali gus.

Ini kerana, teguran itu dibuat berdasarkan amalan yang bertentangan dengan pengurusan bola sepak antarabangsa apabila seorang presiden badan induk tidak dibenarkan memiliki kerusi lain ketika menerajui persatuan bola sepak negara.

"Saya sudah ditegur oleh FIFA. Belum ada lagi di dunia seorang presiden juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil," katanya.

Jelasnya lagi, sebab utama Erick Thohir memegang jawatan itu meskipun bergelar Presiden PSSI kerana ingin membantu Yoshimi Ogawa yang akan diangkat sepenuhnya mengetuai sektor dan jabatan itu demi kemajuan sistem pengadil bola sepak di Indonesia.

Ia adalah bersifat sementara dan transisi itu bakal berakhir.

Ogawa sudah terlibat dengan kerja teknikal bersama PSSI sejak 2023 bagi menambah baik mutu pengadilan, selain mempelajari daripada Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) untuk meningkatkan kualiti pegawai perlawanan.

"Ogawa akan stres ketika tahun pertamanya kerana belum memahiri landskap bola sepak kita. Jadi saya hanya membantu dia sebelum melepaskan jawatan ini," katanya lagi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.




#Indonesia #FIFA #pengadil #Erick Thohir #Yoshimi Ogawa