awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA gantung FA Kuwait

Astro Arena
Astro Arena
17/10/2015
02:48 MYT
FIFA gantung FA Kuwait
Perlawanan timbal balik Piala AFC akan berlangsung pada 20 Oktober di Larkin dengan Al-Qadia memiliki bekalan agregat 3-1. - Gambar Astro ARENA
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) susulan campur tangan kerajaan dalam pengubahan undang-undang bola sepak negara.
FIFA mengambil keputusan tersebut dengan segera setelah memberi amaran keras kepada KFA supaya mengelak daripada melaksanakan undang-undang baru tersebut.
Secara kontra, KFA dan beberapa persatuan kelab terus memberi sokongan penuh kepada perancangan kerajaan Kuwait.
Keputusan itu dijankga akan memberi impak yang besar dalam Piala AFC kerana dua wakil Kuwait, Qadsia SC dan Kuwait SC, masih dalam pertengahan saingan separuh akhir.
"Hasil daripada keputusan ini, tiada pasukan dari Kuwait apapun (termasuk kelab) boleh mempunyai apa-apa hubungan sukan antarabangsa (seni. 14 par. 3 daripada FIFA Statut), dan KFA serta pihaknya tidak boleh mendapat manfaat sebarang program pembangunan, kursus atau latihan daripada FIFA atau AFC" menurut kenyataan rasmi FIFA.
Kemungkinan besar, kenyataan tersebut bermakna Johor Darul Ta'zim akan mara ke final Piala AFC secara automatik sekali gus menjadi pasukan pertama untuk mewakili Malaysia.
Apapun, para penyokong bola sepak dunia masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak AFC mengenai status peserta-peserta Piala AFC.
Perlawanan timbal balik Piala AFC akan berlangsung pada 20 Oktober di Larkin dengan Al-Qadia memiliki bekalan agregat 3-1. Kontroversi ini bermula apabila pihak kerajaan Kuwait memperkenalkan undang-undang sukan baru yang tidak selari dengan peraturan FIFA untuk dilancarkan pada October 27. Kuwait diberi tempoh sehingga Oktober 15 untuk bertindak sebelum FIFA ambil keputusan tersebut.
Untuk maklumat sepenuhnya, layari link http://www.stadiumastro.com/Article/Detail.aspx?id=173992&title=fifa-suspends-kuwait-fa
Topic Berkaitan
#FIFA
#Kuwait
#Persatuan Bola Sepak Kuwait
#Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
#piala afc
#Qadsia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan