awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
Iran kini "serius berbincang" dengan AS - Trump
Penunggang motosikal maut digilis treler
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA gantung Persekutuan Bola Sepak India angkara 'pengaruh tidak wajar pihak ketiga'

Bernama
Bernama
16/08/2022
04:16 MYT
FIFA gantung Persekutuan Bola Sepak India angkara 'pengaruh tidak wajar pihak ketiga'
Menurut kenyataan FIFA, badan induk bola sepak dunia itu sentiasa berhubung secara konstruktif dengan Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan di India. - Reuters
BEIJING: Keahlian Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) digantung berkuat kuasa serta-merta kerana "pengaruh tidak wajar daripada pihak ketiga", umum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Isnin, lapor Xinhua.
"Penggantungan itu akan ditarik balik sebaik sahaja perintah untuk menubuhkan jawatankuasa pentadbir untuk mengambil alih kuasa Jawatankuasa Eksekutif AIFF dimansuhkan dan pentadbiran AIFF kembali mengawal sepenuhnya urusan harian pertubuhan itu," kata FIFA dalam satu kenyataan.
Berikutan tindakan itu, penganjuran Piala Dunia Wanita B-17 2022 yang dijadualkan di India pada Oktober mungkin dibatalkan, dan pasukan bola sepak kebangsaan India tidak boleh bermain dalam mana-mana perlawanan antarabangsa sehingga larangan itu ditarik balik.
Menurut kenyataan FIFA, badan induk bola sepak dunia itu sentiasa berhubung secara konstruktif dengan Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan di India dan "berharap keputusan positif kes itu masih boleh dicapai".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIF
#AIFF
#India
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan