FIFA kenang Supermokh, diiktiraf penjaring ketiga terbanyak

Astro Awani
Jun 29, 2021 16:17 MYT
Datuk Mokhtar Dahari dinamakan sebagai individu dengan jumlah jaringan ketiga terbanyak dalam sejarah FIFA dengan 89 jaringan. - Gambar fail/@NFDPOfficial
KUALA LUMPUR: Sekali lagi nama Datuk Mokhtar Dahari dikenang, kali ini menerusi Tweet yang dimuat naik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menerusi senarai individu dengan jumlah jaringan gol terbanyak.
Menerusi muat naik itu, pemain legenda Selangor itu dinamakan sebagai individu dengan jumlah jaringan ketiga terbanyak dalam sejarah FIFA dengan 89 jaringan.
Mendahului Mokhtar ialah Ali Daei dari Iran dan Cristiano Ronaldo dari Portugal masing-masing dengan 109 jaringan.
Nama-nama lagenda lain termasuk Pele (77 jaringan) dan Lionel Messi (75 jaringan), dengan masing-masing berada di kedudukan yang ketujuh dan kesembilan.
Mokhtar yang dikenali sebagai 'Supermokh' bermain untuk pasukan Selangor dari 1972 hingga 1987 dan mewakili Malaysia dari tahun 1972 hingga 1985.

Ali Daei, 109 Cristiano, 109 Mokhtar Dahari, 89 Ferenc Puskas, 84 Godfrey Chitalu, 79 Hussein Saeed, 78 Pele, 77 Ali Mabkhout, 76 Sandor Kocsis, 75 Kunishige Kamamoto, 75 Bashar Abdullah, 75 Lionel Messi, 75 The joint-9th top men's scorer! pic.twitter.com/i6pwe8DBmH

— FIFA.com (@FIFAcom) June 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan 89 gol itu disumbangkan beliau menerusi 142 perlawanan antarabangsa dan menyumbang kepada peningkatan kedudukan pasukan negara ke kedudukan 61 dunia.
Beliau meninggal dunia pada Julai 1991 akibat penyakit neuron motor (MND), bagaimanapun punca kematiannya dirahsiakan selama 19 tahun apabila ia dilaporkan menerusi dokumentari yang disiarkan saluran National Geographic pada Ogos 2010.
#Mokhtar Dahari #SuperMokh #FIFA #penjajring terbanyak #Ali Daei #Cristiano Ronaldo #Pele #Lionel Messi