FIFA Online 3: Fire Dragoon Youth wakil Malaysia ke EACC

Mariah Ahmad
Februari 25, 2018 09:43 MYT
Ryan Kan (kiri) diperhatikan Shahrizan Shahrim dalam pusingan ketiga final Fantasy Cup peringkat Malaysia yang berlangsung pada Sabtu di Orange Stadium, Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Pasukan FIFA Online 3 Fire Dragoon (FDG) Youth berjaya melayakkan diri ke Piala Kejohanan EA (EACC) Bangkok 2018 selepas menewaskan HG.Flash 3-2 dalam perlawanan final Fantasy Cup peringkat kebangsaan semalam.
FDG Youth yang terdiri daripada tiga anak muda berbakat besar Ryan Kan (NiamaGa1), 20 tahun Muhamad Shahrizan Shahrim (KaiZokuuu), 18 tahun dan Gan Mun Kiat (RippedJean), 21 tahun turut membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.
“Sudah tentunya kami gembira dengan kemenangan ini kerana usaha dan kesungguhan kami untuk berlatih demi kejohanan ini sejak sebulan lalu membuahkan hasil.
“Bagi persiapan ke Bangkok nanti kami akan melakukan latihan bersama pasukan teratas Asia Tenggara yang lain bagi mengekalkan prestasi dan standard corak permainan kami,” kata Ryan kepada Astro AWANI selepas memenangi kejohanan tersebut di Orange Stadium, di sini semalam.

Final #FO3 Fantasy Cup MY pusingan kedua bermula selepas #HGFLash tewas kepada @FDGesports Youth pada pusingan pertama tadi. Kini @aiman_sekaiichi #HGFlash mendahului 3-1. #ArenaMaya pic.twitter.com/LzF3hWEHlz

— Mariah (@A_marea) February 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan FDG Youth akan bertanding di kejohanan EACC pada 31 Mac dan 1 April nanti yang menawarkan hadiah wang terkumpul antara RM1.1 juta (AS$300,000) dan RM1.9 juta (AS$500,0000).
EACC merupakan antara acara e-sukan terkemuka Garena Star League (GSL) dan bakal disertai beberapa negara Asia termasuk Indonesia, Taiwan, Thailand, China dan Korea.
#arena maya #fdg #FIFA #FIFA Online 3 #fire dragoon #Fire Dragoon Youth #FO3 #Gan Mun Kiat #Muhamad Shahrizan Shahrim #Ryan Kan