[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

FIFA sahkan bandar tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027

Bernama 08/05/2025 | 13:10 MYT
Bandar-bandar di Brazil yang dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 telah diumumkan. - Foto Facebook FIFA Women's World Cup
RIO DE JANEIRO: Bandar-bandar di Brazil yang dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 telah diumumkan, lapor PA Media/dpa.
Badan induk bola sepak dunia, FIFA pada Rabu mengesahkan stadium-stadium yang akan digunakan untuk kejohanan itu, tetapi belum mendedahkan lokasi bagi perlawanan pembukaan dan penutup.
Perlawanan itu akan berlangsung di bandar Rio Belo Horizonte, Brasilia, Fortaleza, Porto Alegre, Recife, Rio de Janeiro, Salvador dan Sao Paulo.
"Daripada tarian samba ke frevo, dari pantai menakjubkan ke bandar kosmopolitan, dunia akan merasai tenaga, warna dan kehangatan yang hanya dapat ditawarkan oleh Brazil," kata Presiden FIFA Gianni Infantino.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan bandar tuan rumah terpilih dalam perjalanan menarik ini, mencipta detik yang tidak dapat dilupakan di setiap stadium pada 2027 serta memastikan kejohanan ini memberi impak positif yang meluas," tambahnya.
Proses pemilihan bandar tuan rumah bermula pada Ogos 2024 apabila pasukan khas FIFA melawat 12 bandar calon untuk menilai infrastruktur dan kemudahan.
Bandar tuan rumah dijangka menerima kunjungan pakar operasi FIFA dalam masa terdekat bagi memulakan perancangan operasi.
-- BERNAMA
#bandar di Brazi #Piala Dunia Wanita #FIFA #bola sepak