SUKAN
FIFA sahkan hadiah US$50 juta untuk juara Piala Dunia
Majlis FIFA meluluskan sumbangan kewangan tertinggi sebanyak US$727 juta untuk diagihkan pada Piala Dunia FIFA 2026 – 50 peratus lebih tinggi berbanding kejohanan 2022. - Instagram FIFA
LONDON: FIFA mengesahkan yang hadiah wang tunai sebanyak US$50 juta akan ditawarkan kepada negara juara pada Piala Dunia musim panas akan datang, ketika pertikaian mengenai harga tiket kejohanan itu terus memuncak, lapor PA Media/dpa.
Ringkasan AI
Majlis FIFA meluluskan jumlah wang hadiah bagi kejohanan itu dalam satu mesyuarat di Doha pada Rabu, dengan jumlah keseluruhan dana yang disediakan untuk negara bertanding ditetapkan sebanyak US$727 juta, meningkat 50 peratus berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar.
Setiap negara akan menerima US$1.5 juta daripada FIFA bagi kos persediaan, serta sekurang-kurangnya tambahan US$9 juta kerana beraksi di peringkat kumpulan.
Pengesahan ini dibuat ketika kumpulan peminat menuduh FIFA bermain "permainan PR" berkaitan harga tiket.
Badan induk bola sepak dunia itu mengumumkan pada Selasa yang tiket berharga US$60 akan disediakan melalui kuota yang dijual oleh persatuan kebangsaan kepada penyokong paling setia mereka, susulan kritikan meluas terhadap struktur harga awal FIFA yang didedahkan minggu lepas.
Namun begitu, hanya 10 peratus tiket dalam kuota itu akan ditawarkan pada harga ini. Sebagai contoh, bagi perlawanan England menentang Croatia, ia hanya memberi manfaat kepada kira-kira 400 daripada lebih 4,000 penyokong yang layak membeli tiket melalui kuota Kelab Penyokong Kembara England (ESTC).
Bagi selebihnya, harga tiket akan bermula pada US$230 untuk perlawanan pembukaan itu dan melonjak kepada US$4,185 bagi perlawanan akhir.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- FIFA menawarkan hadiah wang tunai sebanyak US$50 juta kepada negara juara Piala Dunia musim panas akan datang, sambil pertikaian harga tiket kejohanan itu terus meningkat.
- Majlis FIFA meluluskan dana sebanyak US$727 juta untuk negara bertanding, meningkat 50 peratus berbanding Piala Dunia 2022 di Qatar, dengan setiap negara menerima US$1.5 juta bagi kos persediaan.
- Pengumuman harga tiket FIFA pada harga US$60 dilabel sebagai "permainan PR" dengan hanya 10 peratus tiket ditawarkan pada harga tersebut, manakala harga tiket bermula dari US$230 hingga US$4,185 bagi perlawanan akhir.