SUKAN

FIFA tetap harga siling tiket Piala Dunia 2026

Astro Arena 04/09/2025 | 02:40 MYT
Menurut seorang pegawai FIFA, pihaknya akan memperkenalkan harga dinamik, bermakna kos tiket akan berubah antara Oktober dan tarikh undian Piala Dunia berlangsung pada 5 Disember. - Foto Astro ARENA
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan harga tiket untuk Piala Dunia 2026 akan bermula serendah $60 (RM253) untuk perlawanan di peringkat kumpulan, sementara tiket paling mahal ditetapkan pada berharga $6,730 (RM28,422).

Jualan tiket hanya dibuka bulan depan maka sebarang perubahan boleh berlaku dengan empat kategori diperuntukkan.

Menurut seorang pegawai FIFA, mereka akan memperkenalkan harga dinamik -- ini bermakna kos tiket akan berubah antara Oktober dan tarikh undian Piala Dunia berlangsung pada 5 Disember, sebaik kebanyakan perlawanan peringkat kumpulan, tarikh dan tempat sudah ditentukan.

Dalam masa sama, penyokong yang berdaftar akan dipilih secara rawak untuk pembelian tiket dalam tempoh tertentu dengan harga istimewa.

Harga dinamik itu mula diperkenalkan dalam Piala Dunia Kelab tahun ini dengan harga $13.40 (RM56) hingga $473.90 (RM2,001)

Piala Dunia tahun depan yang melibatkan -- 48 pasukan -- bakal berlangsung di antara 11 hingga 19 Jun dengan melibatkan 11 venua di Amerika Syarikat, tiga di Mexico dan dua lokasi Kanada.








#FIFA #harga siling #harga tiket #Piala Dunia