awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA: Thailand kini huni ranking ke-97, Harimau Malaya ke-132 dunia

Astro Arena
Astro Arena
17/02/2025
04:00 MYT
FIFA: Thailand kini huni ranking ke-97, Harimau Malaya ke-132 dunia
Skuad Harimau Malaya di kedudukan ke-132 dunia menurut ranking terbaharu dikeluarkan FIFA.- Gambar fail/FAM
THAILAND terus memperkukuhkan nama selaku pasukan gergasi Asia Tenggara selepas melonjak ke kedudukan ke-97 dunia sekali gus meninggalkan skuad negara di ranking ke-132 dunia.
Berdasarkan kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Vietnam (114) sebagai pencabar terdekat diikuti Indonesia (127) melengkapkan pasukan yang berada dalam tiga kelompok terbaik di Asia Tenggara.
Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen kelayakan Kumpulan F berdepan Nepal di gelanggang lawan pada 25 Mac 2025.
Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen kelayakan Kumpulan F berdepan Nepal di gelanggang lawan pada 25 Mac 2025. pic.twitter.com/8nACMqNdgs
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2024
Untuk rekod, skuad kendalian Masatada Ishii itu muncul naib juara Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 tahun lalu selepas terpaksa akur dengan status 'juara bertahan' apabila ditewaskan Vietnam dengan agregat 5-3 di Stadium Rajamangala, awal Januari lalu.
Dalam pada itu, Malaysia bakal berdepan Nepal dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2027 pada 25 Mac ini dengan venue perlawanan akan diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam masa terdekat.
Info tambahan:
97 Thailand - 1228.24 mata 114 Vietnam - 1161.11 mata 127 Indonesia - 1135.11 mata 132 Malaysia - 11178.05 mata 150 Filipina - 1047.73 mata
-- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#pasukan Thailand
#harimau Malaya
#ranking FIFA
#terbaik Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan