SUKAN
FIFA tidak ambil tindakan gantung Israel
INFANTINO: Di FIFA, kami komited untuk menggunakan kuasa bola sepak sebagai jambatan menyatukan manusia dalam dunia yang terbahagi. - Gambar fail/AP
PRESIDEN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menegaskan bahawa bola sepak tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik ketika beliau berdepan desakan agar Israel digantung susulan konflik Palestin.
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis FIFA, Infantino menekankan kepentingan mempromosikan keamanan dan perpaduan, khususnya dalam konteks situasi yang sedang berlaku di Gaza.
“Di FIFA, kami komited untuk menggunakan kuasa bola sepak sebagai jambatan menyatukan manusia dalam dunia yang terbahagi.
“Kami bersama mereka yang menderita akibat pelbagai konflik di seluruh dunia ketika ini, dan mesej terpenting yang boleh disampaikan bola sepak sekarang adalah mesej keamanan serta perpaduan," katanya.
Beliau turut menambah bahawa FIFA tidak mampu menyelesaikan masalah geopolitik, namun tetap bertanggungjawab mempromosikan bola sepak di seluruh dunia dengan mengangkat nilai penyatuan, pendidikan, budaya dan kemanusiaan.
Pada tahun 2022, FIFA menggantung Rusia sejurus selepas pencerobohan ke atas Ukraine, meskipun negara itu baru sahaja menjadi tuan rumah Piala Dunia empat tahun sebelumnya. - Sinar Harian
Dapatkan berita terkini di sini