awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan pihak istana ada kaitan lidungi ajaran Qardiani tidak bertanggungjawab - JAIS
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
14/07/2018
00:00 MYT
FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia
3 bintang e-sukan bola sepak tanah air (dari kiri) Amirul "AmTuah" Afandi, Luqman "Fenrir" Haziq dan Boon Shin "Shige mempunyai rekod pencapaian tersendiri. Siapa di antara mereka bakal rangkul juara kejohanan AFGC?
Tiga bintang e-sukan tanah air Amirul "AmTuah" Afandi, Luqman “Fenrir” Haziq dan Boon Shin "Shige" bakal beraksi di pentas Asia bermula hari ini dalam Kejohanan Permainan Video Bola Sepak Asia (AFGC) di Marina Square, Singapura.
Kejohanan yang dianjur Persatuan Permainan Video Atas Talian dan Sukan Siber Singapura (SCOGA) itu bakal menyaksikan 24 pemain terbaik FIFA 18 daripada 13 negara Asia berentap merebut gelaran juara selain menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM10,000.
Dua pemenang kejohanan ini juga berpeluang untuk melihat sendiri juara bola sepak Perancis Paris Saint-Germain (PSG) beraksi di Singapura pada 25 Julai hingga 1 Ogos nanti.
Antara pemain profesional yang akan berentap termasuk Subaru Sagano (Jepun), Moe Hein Kyaw (Myanmar), Wong Andy (Indonesia), Fardeen Hussain (Singapura), Zain Ali Shah (Pakistan), Saransh Jain (India), Yousuf Zimaam (Maldives), Ahmed Shaakir (Sri Lanka) dan Atta Natthawich (Thailand).
Sementara itu, jaguh e-sukan daripada India Kartikeya Behl, yang memenangi kejohanan ini pada tahun lalu turut akan beraksi di pentas ini bagi mempertahankan gelaran kejuaraannya.
Kejohanan AFGC bakal menggunakan mod Piala Dunia dalam FIFA 18.
Topic Berkaitan
#afgc
#amirul afandi
#amtuah
#arena maya
#Boon Shin
#Esukan
#Fenrir
#FIFA
#fifa 18
#luqman haziq
#Shige
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan