awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Nazrin berangkat ke majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-30 Lumut Port
Perbicaraan “White Tiger” Jerman: Peguam dakwa defendan dipukul dalam sel
Durian klon tidak penuhi piawaian eksport jejas harga, cetus lambakan - FAMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filemkan kisah hidup Chong Wei, pengarah pujuk jaguh badminton berlakon

Gempak
Gempak
20/10/2016
23:24 MYT
Filemkan kisah hidup Chong Wei, pengarah pujuk jaguh badminton berlakon
Filem yang ketika ini menggunakan judul Menjulang Kejuaraan itu turut disasarkan untuk tayangan peringkat antarabangsa. - Astro Gempak
FILEM yang berkisarkan tentang kisah hidup pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bakal diabadikan dalam filem bercorak biografi. Projek terbitan CB Pictures Sdn Bhd itu akan menjalani penggambarannya pada pertengahan tahun depan dan dijangka menemui penonton pada 2018. Filem yang ketika ini menggunakan judul Menjulang Kejuaraan itu turut disasarkan untuk tayangan peringkat antarabangsa. Bagaimanapun pengarahnya, Tee Bee Leng berkata, mereka masih dalam proses memujuk Chong Wei berlakon filem tersebut.
“Kami juga masih dalam proses memujuk Chong Wei untuk berlakon dalam filem ini. "Sekiranya beliau tidak berminat, kami akan mencari pelakon lain yang handal bermain badminton. Proses uji bakat bagi mencari barisan pelakonnya akan dijalankan pada hujung tahun ini," kata Bee Leng selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara produksi terbabit dengan wakil Chong Wei, Lee Chong Hoon yang juga abang kepada jaguh sukan itu, di hotel Mandarin Oriental baru-baru ini. Menurut pengarahnya, Teng Bee Leng, mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk mendapatkan keizinan dan hak pembikinan filem mengenai kisah hidup wira badminton terbabit.
"Begitupun, kami masih berbincang dari segi penceritaan, sama ada ia berkisar mengenai kerjaya sukan badminton beliau ataupun kisah cinta,” katanya. Kata Beng Leng lagi, bagi mendapatkan keaslian penceritaan, filem itu juga akan mengetengahkan dialog dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Mandarin dan Melayu.
"Kita menjangkakan, filem ini akan mula ditayangkan pada 2018 bukan saja di Malaysia dan Taiwan, sebaliknya turut dibawa ke peringkat antarabangsa bagi memberi inspirasi serta motivasi kepada penonton," katanya. Tambahnya, kos pembikinan filem dianggarkan bernilai RM4.5 juta, dan turut mendapat kerjasama daripada produksi Taiwan yang membolehkannya menembusi pasaran negara berkenaan.
Bagaimanapun Chong Wei tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana berada di Denmark bagi menyertai kejohanan badminton terbuka negara itu, yang bermula Rabu. Ketika sidang media, menerusi sebuah tayangan video, Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio lalu berharap akan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan filem itu.
Topic Berkaitan
#badminton
#CB Pictures
#filem
#Lee Chong Wei
#Tee Bee Leng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan