SPORTS
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Orang ramai masuk melalui lubang pengudaraan di Stadium Hard Rock pada hari perlawanan akhir Copa America 2024 antara Argentina dan Colombia, di Miami, Florida, 14 Julai 2024. - REUTERS
TULAR video di X menyaksikan beberapa penyokong Colombia yang menceroboh stadium menerusi sistem pengudaraan Stadium Hard Rock di Florida.
Video di atas menjadi salah satu bukti perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada jam 8 pagi waktu Malaysia kini ditangguh.
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium sekali gus mendatangkan kerosakan terhadap fasiliti di kelab Inter Miami itu.