[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima

Astro Arena 23/11/2024 | 11:05 MYT
Aaron-Wooi Yik yang akan membuat penampilan kelima kejohanan itu akan mengiringi rakan senegara di bahagian profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. - Stadium Astro
BEREGU negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Aaron-Wooi Yik terlepas untuk mengesahkan tempat lebih awal berikutan terkandas dalam suku akhir Masters China kepada wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, malam tadi, namun pencabar terdekat, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, turut tersungkur sekali gus gagal menggugat kedudukan gandingan kebangsaan itu.
BWF dalam ciapan di laman X mengesahkan Aaron-Wooi Yik dan beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, melengkapkan senarai lapan beregu yang akan beraksi dalam pusingan akhir kelak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aaron-Wooi Yik yang akan membuat penampilan kelima kejohanan itu akan mengiringi rakan senegara di bahagian profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Malaysia akan mempertaruhkan enam wakil termasuk beregu campuran, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, sementara Pearly Tan-M Thinaah, akan bersaing dalam beregu wanita dan perseorangan profesional, Lee Zii Jia. -- Stadium Astro
#beregu negara #Final Jelajah Dunia BWF #Aaron Chia-Soh Wooi Yik #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani