Final Jelajah Dunia BWF: Pearly-Thinaah tempah slot awal ke separuh akhir

Beregu negara menewaskan lawan dari Jepun, Ria Iwanaga-Kie Nakanishi, yang berada di ranking keenam dunia dengan 21-13,21-18. - Stadium Astro
BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mengesahkan slot awal ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Pearly Tan-M. Thinaah, beregu wanita utama negara, menewaskan pasangan Jepun, Ria Iwanaga-Kie Nakanishi, dalam slot awal ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China.
- Prestasi cemerlang Pearly-Thinaah dengan kemenangan 21-13, 21-18 menunjukkan aksi bertenaga serta kecekalan dalam mengatasi lawan yang berada di ranking keenam dunia.
- Kemenangan ini membolehkan Pearly-Thinaah melangkah ke separuh akhir selepas mencipta dua kemenangan berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan, termasuk menumbangkan wakil tuan rumah, Jia Yi Fa-Zhang Shi Xian.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand itu mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mencipta dua kemenangan berturut-turut-menumbangkan gandingan tuan rumah, Jia Yi Fa-Zhang Shi Xian dalam aksi pertama semalam - dalam saingan peringkat kumpulan. -- Stadium Astro


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

