SUKAN

Final Jelajah Dunia BWF: Pearly-Thinaah tempah slot awal ke separuh akhir

Astro Arena 18/12/2025 | 04:15 MYT
Beregu negara menewaskan lawan dari Jepun, Ria Iwanaga-Kie Nakanishi, yang berada di ranking keenam dunia dengan 21-13,21-18. - Stadium Astro
BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mengesahkan slot awal ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China, sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Pearly Tan-M. Thinaah, beregu wanita utama negara, menewaskan pasangan Jepun, Ria Iwanaga-Kie Nakanishi, dalam slot awal ke separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China.
  • Prestasi cemerlang Pearly-Thinaah dengan kemenangan 21-13, 21-18 menunjukkan aksi bertenaga serta kecekalan dalam mengatasi lawan yang berada di ranking keenam dunia.
  • Kemenangan ini membolehkan Pearly-Thinaah melangkah ke separuh akhir selepas mencipta dua kemenangan berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan, termasuk menumbangkan wakil tuan rumah, Jia Yi Fa-Zhang Shi Xian.


Wakil negara yang turun selaku pilihan pertama kejohanan itu menewaskan lawan dari Jepun, Ria Iwanaga-Kie Nakanishi, yang berada di ranking keenam dunia itu dengan 21-13,21-18 dalam tempoh 36 minit.

Pearly-Thinaah mempamerkan aksi bertenaga untuk mengungguli set pertama 21-13 serta memaksa pemain lawan kerap melakukan kesilapan mudah, sebelum mengakhiri set kedua dengan kemenangan 21-18 meskipun menerima saingan sengit daripada pemain lawan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand itu mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mencipta dua kemenangan berturut-turut-menumbangkan gandingan tuan rumah, Jia Yi Fa-Zhang Shi Xian dalam aksi pertama semalam - dalam saingan peringkat kumpulan. -- Stadium Astro






#Final Jelajah Dunia BWF #Pearly Tan-M Thinaah #badminton #ke separuh akhir