Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei tumbangkan wakil Indonesia untuk ke separuh akhir

Tempoh 1 jam lima minit diperlukan wakil negara yang merupakan juara dunia itu untuk menewaskan gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu. - Gambar fail/Bernama
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan momentum untuk mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, berjaya mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di China.
- Mereka menewaskan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, dalam aksi rubber set selepas 1 jam 5 minit.
- Kemenangan mereka menyusul langkah beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M-Thinaah, yang juga ke pusingan separuh akhir kejohanan yang sama.
Namun wakil negara yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan itu kembali mengorak langkah untuk mengheret pasukan lawan ke set penentuan apabila menang 21-14 dan menoktahkan set penentuan dengan kemenangan 21-15.
Mereka mengikut jejak langkah beregu Wanita negara, Pearly Tan-M-Thinaah, ke pusingan separuh akhir. -- Stadium Astro


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

