SUKAN

Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei tumbangkan wakil Indonesia untuk ke separuh akhir

Astro Arena 18/12/2025 | 05:20 MYT
Tempoh 1 jam lima minit diperlukan wakil negara yang merupakan juara dunia itu untuk menewaskan gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu. - Gambar fail/Bernama
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan momentum untuk mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China, sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, berjaya mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di China.
  • Mereka menewaskan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, dalam aksi rubber set selepas 1 jam 5 minit.
  • Kemenangan mereka menyusul langkah beregu wanita Malaysia, Pearly Tan dan M-Thinaah, yang juga ke pusingan separuh akhir kejohanan yang sama.


Tempoh 1 jam lima minit diperlukan wakil negara yang merupakan juara dunia itu untuk menewaskan gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, menerusi aksi rubber set, 17-21,21-14, 21-15.

Dalam awal set pertama menyaksikan Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi menyakinkan sebelum kebangkitan gandingan Indonesia itu mengungguli set pertama 21-17.

Namun wakil negara yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan itu kembali mengorak langkah untuk mengheret pasukan lawan ke set penentuan apabila menang 21-14 dan menoktahkan set penentuan dengan kemenangan 21-15.

Mereka mengikut jejak langkah beregu Wanita negara, Pearly Tan-M-Thinaah, ke pusingan separuh akhir. -- Stadium Astro




#Final Jelajah Dunia BWF #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei #kalahkan beregu Indonesia #ke separuh akhir #badminton