Final Malaysia vs Thailand: Penyokong rempuh pagar, kaunter tiket ditutup

Astro Awani
Ogos 28, 2017 06:06 MYT
Penjualan tiket perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand tergendala tengah hari tadi berikutan rempuhan dekat kaunter tiket di Stadium Shah Alam.
Penjualan tiket perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand tergendala tengah hari tadi berikutan rempuhan dekat kaunter tiket di Stadium Shah Alam.
Keadaan diburukkan lagi apabila Kaunter Tiket B juga terpaksa ditutup berikutan berlaku kesesakan teruk.
Difahamkan, peminat bola sepak negara sudah berada di luar stadium sejak 10 malam tadi.
Bilangannya dilaporkan meningkat kepada ribuan penyokong menjelang tengah hari.
Malaysia akan bertemu Thailand bagi menentukan pemenang ibu segala pingat.
#kaunter tiket #kesesakan teruk #KL2017 #Malaysia dan Thailand #perlawanan akhir #rempuhan