Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

Final Masters Jepun: Pearly-Thinaah beregu wanita pertama Malaysia muncul juara

Astro Arena 16/11/2025 | 06:05 MYT
Pearly Tan dan M. Thinaah membawa pulang wang kemenangan RM155,072.06. - Gambar fail/Bernama
USAI menjuarai Terbuka Arctic di Finland, menyaksikan sensasi Pearly Tan-M. Thinaah berterusan selepas mengungguli satu lagi kejohanan bertaraf super 500 di Kumamoto, Jepun.


Ringkasan AI
  • Pearly Tan-M. Thinaah menjuarai Kejohanan Badminton Masters Jepun, menjadi kejuaraan sulung beregu wanita negara.
  • Ini merupakan gelaran ketiga musim ini bagi pasangan tersebut, dengan rekod pencapaian mara ke final sebanyak tujuh kali.
  • Prestasi cemerlang Pearly-Thinaah menutup set pertama dengan 20-22 dan menang set kedua 21-19, membawa pulang RM155,072.06.


Ini merupakan kejuaraan sulung beregu wanita negara dalam sejarah sepanjang menyertai Kejohanan Badminton Masters Jepun.

Untuk rekod, ini merupakan gelaran ketiga Pearly dan Thinaah musim ini dengan pencapaian mara ke final sebanyak tujuh kali.

Berbekalkan semangat selepas mengesahkan tiket ke final siri Kejohanan Badminton Dunia BWF, gandingan ranking kedua dunia itu melakukan kebangkitan memukau dalam set pertama selepas ketinggalan 0-7 kepada wakil tuan rumah.

Rin Iwanaga-Kie Nakanishi memiliki peluang untuk mendapatkan kemenangan, namun permainan cemerlang oleh kebanggaan Malaysia itu pantas menutup set pertama dengan 20-22.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Memasuki set kedua, beregu wanita nombor satu negara itu sekali lagi ketinggalan 10-13, tetapi ia tidak menghalang Pearly-Thinaah untuk merapatkan jurang mata.

Dengan mendominasi pertemuan (6-2) sebelum ini, ia jelas menjadi pemangkin buat pilihan utama kejohanan itu menewaskan pihak lawan dengan persembahan memukau.

Tanpa mengheret tempoh panjang, Pearly-Thinaah enggan melakukan kesilapan mudah, sekali gus menoktahkan kejayaan dengan kemenangan set kedua 21-19.

Pearly Tan dan M. Thinaah membawa pulang RM155,072.06. -- Stadium Astro




#Final Masters Jepun #juara beregu wanita #Pearly Tan-M Thinaah #badminton