[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Final Piala Malaysia: Ibrahim Manusi permata baharu bola sepak Malaysia - Akmal Rizal

Astro Arena 27/04/2025 | 00:40 MYT
Ibrahim Manusi (dua dari kiri) dianggap sebagai permata baharu bola sepak Malaysia oleh Akmal Rizal (kanan).
BEKAS penyerang negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, menganggap pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi, sebagai permata baharu bola sepak Malaysia.
Ini selepas pemain tengah bertahan itu mempamerkan kreadibilitinya meskipun berkeseorangan di bahagian tengah Tok Gajah sebaik Sergio Aguero dilayangkan kad merah dalam separuh masa pertama aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Dalam pertemuan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, Ibrahim, 23, membuktikan usia mudanya bukan penghalang untuk mempamerkan corak permainan matang walaupun Sri Pahang tewas tipis 1-2 dalam pertembungan penutup musim berkenaan.
"Sebenarnya kita kekurangan pemain tengah bertahan yang mempunyai perwatakan sepertinya ketika ini, baik pemain senior atau remaja," kata Akmal Rizal selepas tamat perlawanan itu.
"Kemunculannya akan menjadi permata baharu, terutama di bahagian tengah bertahan dan kita harapkan akan lahir lebih ramai pemain seperti itu kerana pemain di posisi itu amat diperlukan.
"Setiap pasukan akan memilih pemain import di posisi penyerang dan pertahanan, jadi ia merupakan posisi penting untuk diisi pemain tempatan yang berkebolehan." - Stadium Astro
#Piala Malaysia #JDT menang Piala Malaysia #Akmal Rizal Ahmad Rakhli #Ibrahim Manusi