KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC malam ini tetap meriah dengan kehadiran penyokong sekalipun berlangsung dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Tinjauan Astro AWANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang tadi menyaksikan kebanjiran penyokong kedua-dua pasukan yang mula hadir seawal jam tiga petang, walaupun sepak mula dijadualkan jam 9 malam.
Rata-rata penyokong didapati memahami dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak penganjur pada perlawanan kali ini dengan masing-masing dilihat memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
Mereka juga dilihat sabar beratur di pintu masuk stadium tanpa sebarang masalah dengan kawalan keselamatan yang agak ketat daripada petugas stadium dan polis.
Penyokong juga berpuas hati dengan peraturan yang ditetapkan dan menganggap pematuhan SOP adalah wajar demi keselamatan mereka.
Tinjauan turut mendapati, anggota polis berkawal di setiap sudut di perkarangan stadium termasuk menempatkan Unit K9 dan juga Unit Rondaan Berkuda.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Nov 30 2021
Mereka juga dilihat sabar beratur di pintu masuk stadium tanpa sebarang masalah dengan kawalan keselamatan yang agak ketat daripada petugas stadium dan polis. - Gambar/ Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Final Piala Malaysia: Tunggu keputusan MFL
MFL akan membuat keputusan sama ada akan menukar vanue lain atau terus kekal menggunakan Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi final Piala Malaysia Jumaat ini.
Padang SNBJ sedia digunakan untuk final Piala Malaysia
Menurut Hannah Yeoh, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti.
JDT mengaum... julang Piala Malaysia!
Aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil digamatkan lagi dengan sorakan puluhan ribu penyokong tegar daripada kedua-dua pasukan.
Limpahan rezeki peniaga sempena final Piala Malaysia
Bagi peniaga, peluang Kedah melayakkan ke pentas final dua kali pada tahun ini memberi limpahan rezeki berganda buat mereka.
Kedah tagih formula Aidil Sharin untuk final Piala Malaysia
Jurulatih dari Singapura itu dipercayai mempunyai idea dan formula terbaik untuk Kedah mengatasi JDT dalam perlawanan itu.
Kedah dan Johor terima 31,610 tiket final Piala Malaysia
Pengagihan jumlah tiket berkenaan termasuk 750 keping tiket kanak-kanak bagi setiap pasukan.