SUKAN
Final UCL: "Jumpa nanti PSG... Insya-Allah" - TMJ

Tunku Ismail (tengah) berkongsi rasa gembira selepas Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam sejarah, awal pagi tadi.
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsi rasa gembira selepas Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam sejarah, awal pagi tadi.
Kejayaan menumpaskan Inter Milan dalam perlawanan akhir dengan keputusan penuh 5-0 sangat membanggakan.
Seperti sedia maklum, hubungan JDT-PSG bukanlah sesuatu yang baharu, malah pelbagai titik pertemuan sering dilakukan dengan kedua-dua kelab sedang menjalin kerjasama meneroka banyak inisiatif bersama.
Sebelum ini, satu persetujuan telah dimeterai menyelusuri beberapa aspek penting bagi meningkatkan mutu pasukan ke arah lebih baik.Pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi menjadi strategi utama perbincangan sebelum ini di antara kedua-dua pasukan.
Menerusi hantaran di akau media sosial Pemangku Sultan Johor itu, baginda menzahirkan ucapan tahniah termasuk memberikan bayangan bahawa mereka sekali lagi bakal mengatur pertemuan pada masa akan datang.
"Tahniah saudara. Tumpang gembira untuk Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, Qatar dan Paris.
"Jumpa nanti, Insya-Allah," katanya.
Adakah aksi persahabatan antara juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu bersama gergasi Perancis tersebut akan berlaku? - Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami