[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
SPORTS

Final UECL: Chelsea pasukan pertama menangi semua kejuaraan Eropah, akhiri musim dengan piala

Astro Arena 28/05/2025 | 23:20 MYT
Pemain Chelsea Reece James menjulang trofi meraikan kejayaan memenangi perlawanan akhir UECL antara Real Betis dan Chelsea di Wroclaw, Poland, 28 Mei 2025. (Foto AP)
MESKIPUN menamatkan saingan di tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea tetap merangkul kejuaraan membawa pulang trofi berprestij selepas memenangi perlawanan akhir Liga Persidangan Eropah (UECL) di Poland, awal pagi tadi.

Untuk rekod, Les Blues merupakan pasuka pertama yang berjaya memenangi semua piala di Eropah termasuk, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Liga Europa (UEL) dalam sejarah.

Kebangkitan sensasi ditampilkan anak buah Enzo Maresca itu menyaksikan empat gol berhasil dijaringkan menerusi empat pemain berbeza, bagi memastikan mereka menewaskan naib juara, Real Betis.

Terlebih dahulu, wakil Sepanyol itu bermula garang dengan jaringan awal daripada Abde Ezzalzouli pada minit kesembilan.

Chelsea terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk mencuri peluang terbaik menerusi pemain kebangsaan Argentina, Enzo Fernandez, untuk menyamakan kedudukan sebelum Nicolas Jackson tampil menyengat untuk mengubah kedudukan 2-1.

Permainan semakin rancak tatkala pemain pinjaman Manchester United, Jadon Sancho, terus menggembirakan kelab terkemuka England itu untuk pihak lawan semakin mencemburui dengan masa.

Moises Caicedo melengkapkan malam gemilang Chelsea apabila gol pada minit akhir memberikan kemenangan buat rakan sepasukan.

Dengan ini, Chelsea menyertai senarai pasukan dari London, Crystal Palace dan Tottenham Hotspur, yang berjaya menjulang trofi kecuali Arsenal, musim ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.





#Chelsea #UECL #Real Betis #Liga Persidangan Eropah