awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak sembilan tahun ditarik masuk rumah dicabul, dicederakan
Venezuela gesa syarikat penerbangan kembali selepas Trump umum buka semula ruang udara
SPRM nafi dakwaan fitnah di TikTok, tegas akan ambil tindakan undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Finale perlumbaan basikal Vuelta Sepanyol dibatalkan susulan protes pro-Palestin

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2025
00:00 MYT
Finale perlumbaan basikal Vuelta Sepanyol dibatalkan susulan protes pro-Palestin
Penunjuk perasaan melaungkan slogan dan mengibarkan bendera Palestin ketika demonstrasi berlangsung semasa peringkat ke-21 perlumbaan basikal La Vuelta dari Alalpardo ke Madrid, Sepanyol. - Foto AP
MADRID: Peringkat terakhir perlumbaan basikal Vuelta Sepanyol terpaksa dibatalkan pada Ahad selepas ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin membanjiri laluan perlumbaan di ibu negara Sepanyol, menyebabkan kekecohan dan gangguan keselamatan.

Ringkasan AI
  • Peringkat akhir Vuelta Sepanyol dibatalkan selepas ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin membanjiri laluan perlumbaan di Madrid, mencetuskan gangguan keselamatan.
  • Protes menentang penyertaan pasukan Israel-Premier Tech, disertai sepanduk dan perarakan, memaksa polis bertindak dengan kawalan ketat dan gas pemedih mata.
  • Jonas Vingegaard diumumkan juara keseluruhan, walaupun perlumbaan tidak ditamatkan secara rasmi; insiden cetus perdebatan politik antara kerajaan dan pembangkang Sepanyol.

Penunjuk perasaan dilaporkan merempuh penghadang keselamatan dan berarak di sepanjang laluan perlumbaan sambil membawa sepanduk bertulis “Boikot Israel, Hentikan Genosid ” sebagai bantahan terhadap penyertaan pasukan Israel-Premier Tech dalam acara berprestij itu.
Polis bertindak menyuraikan orang ramai dengan gas pemedih mata dan kawalan ketat, melibatkan lebih 1,500 anggota keselamatan termasuk Guardia Civil.
Insiden ini berlaku ketika peloton memasuki Madrid untuk menamatkan peringkat ke-21 sejauh 106.6 kilometer dari Alalpardo ke pusat bandar.
Buat pertama kali dalam sejarah Vuelta, penganjur membatalkan peringkat penutup perlumbaan atas faktor keselamatan.
Walaupun perlumbaan tidak ditamatkan secara rasmi, pelumba Denmark, Jonas Vingegaard, yang mendahului sebelum peringkat akhir, telah diumumkan sebagai juara keseluruhan Vuelta 2025.
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez, sebelum ini memuji tindakan penunjuk perasaan yang berlangsung sepanjang perlumbaan, menyifatkannya sebagai “mobilisasi rakyat untuk tujuan yang adil seperti Palestin.”
Bagaimanapun, kenyataan itu dikritik oleh pemimpin pembangkang Isabel Díaz Ayuso, yang menyifatkan Sánchez sebagai “bertanggungjawab secara langsung terhadap insiden yang berlaku”.
Protes dianjurkan oleh Jawatankuasa Palestin dalam gerakan Boikot, Pelucutan dan Sekatan (BDS), dengan sokongan parti-parti kiri seperti IU, Podemos dan Más Madrid.
Demonstrasi turut berlaku pada peringkat sebelumnya, termasuk di Bola del Mundo dan Cercedilla, memaksa laluan perlumbaan diubah dan seorang aktivis ditahan kerana menyerang anggota polis.
Vingegaard dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau memahami sebab protes tersebut, namun menyifatkan ia sebagai “suatu yang malang kerana berlaku dalam acara sukan”.
Topic Berkaitan
#Vuelta Sepanyol
#demonstrasi
#pro-Palestin
#lumba basikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan