[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SUKAN

FitMalaysia 2020 edisi Kuala Lumpur ditangguhkan

Astro Awani 04/03/2020 | 09:36 MYT
Program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. - Gambar Facebook/ KBS Malaysia
Program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan berkata, program tersebut dirancang diadakan pada 7 Mac ini (Sabtu) di Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil.
"Sebarang pengumuman berkenaan pelaksanaan program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur pada masa yang akan datang akan dimaklumkan kemudian.
"KBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada lebih 23,000 orang peserta yang telah mendaftar untuk menyertai program FitMalaysia 2020 Edisi Kuala Lumpur," jelas kementerian itu lagi.
Dalam masa sama, KBS memohon maaf di atas segala kesulitan.
Untuk rekod, Program FitMalaysia merupakan program yang disertai dan sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutamanya belia dan kanak-kanak.
#Bukit Jalil #ditunda #FitMalaysia 2020 #Kementerian Belia dan Sukan #Kuala Lumpur