SEPANG: Legenda rali negara Karamjit Singh mengucapkan selamat tinggal kepada jenama kereta kesayangannya Proton dan mengalihkan tumpuan kepada Perodua Myvi, bagi mengharungi saingan perlumbaan musim ini.
Pelumba berusia 60 tahun yang dikenali sebagai 'Flying Sikh' itu berkata meskipun beliau merupakan peminat tegar Proton, keputusan tersebut terpaksa dibuat selepas tidak mendapat sokongan daripada pengeluar kereta pertama Malaysia itu.
Katanya selepas ini beliau tidak lagi akan berlumba menggunakan kereta Proton Gen2 berusia 16 tahun yang dibelinya pada 2017, serta sudah membelanjakan lebih RM500,000 duit simpanannya bagi tujuan pengubahsuaian.
"Lagi pun sekarang kereta rali di seluruh dunia sama ada di WRC (World Rally Championship) 1 atau 2 memang kecil, macam saiz Myvi, lagi senang untuk memandu dan beratnya juga kurang. Jadi sebab itu juga saya setuju cuba Myvi, mana tahu Perodua akan sokong kita di masa depan.
"Saya sebenarnya rasa sayang nak bertukar kerana saya peminat Proton sejak tahun 1988, tapi apa boleh buat dia (Proton) memang tak ada bagi sokongan, jadi terpaksa tukar," katanya pada Majlis Penyampaian Trofi Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia di sini, semalam.
Bagi musim 2023, Karamjit bakal mempertahankan gelaran juara kebangsaan pada kejohanan yang dijadual bermula Jun depan, selain bersaing pada Kejuaraan Rali Indonesia dan bercadang bertanding pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC).
Justeru bagi memastikan kereta baharu mengikut spesifikasi perlumbaan antarabangsa, beliau berkata kos pengubahsuaian ialah antara RM500,000 sehingga RM800,000, menyaksikan jentera itu bakal diubah suai antaranya menggunakan enjin 2.0 liter turbo dan menjadi pacuan empat roda.
Kos yang tinggi itu menyaksikan juara kebangsaan 17 kali dan APRC tujuh kali itu, mengharapkan ada pihak dari kerajaan atau sektor korporat yang akan tampil memberi bantuan.
Mengulas lanjut, Karamjit berkata Proton Gen2 miliknya itu akan disewa kepada pelumba lain untuk digunakan dalam mana-mana perlumbaan, memandangan keadaannya terbukti dalam keadaan baik.
"Kereta ini dah tunjuk prestasinya apabila tahun lepas kita menang banyak perlumbaan di Indonesia dan Malaysia, kiranya saya nak sewa supaya dapat balik sedikit wang yang telah dibelanjakan, kalau nak jual (sekarang) memang sayang sebab dah belanja banyak selain nilai pasaran yang rendah," katanya.
Sebagai rekod, Karamjit pernah memandu pelbagai model Proton iaitu Saga bermula 1988-1992, Iswara (1993-1994), Wira (1995-1999 dan 2006-2007), PERT (2000-2005), Satria Neo (2011-2015) dan Gen2 dari 2017 sehingga tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Karamjit Singh dan pembantu pemandu Jagdev Singh bersama menjulang piala Malaysian National Rally Championship 2022 di atas kereta Proton Gen 2 yang berusia 15 tahun setelah berjaya menjadi juara perlumbaan tersebut semalam. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Polis kesan pemandu Perodua Myvi memandu secara melulu
Polis mengesan satu video tular yang berdurasi selama 39 saat yang dimuat naik di Facebook.
Cemas bawa dadah, lelaki langgar kereta peronda polis
Cemas akibat membawa dadah, seorang lelaki bertindak melanggar bahagian depan kereta peronda polis ketika cuba melarikan diri daripada ditahan penguat kuasa itu di Lubuk Jong Pasir Mas awal pagi tadi.
Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat
Terdapat lima mangsa dalam kereta Perodua Myvi iaitu pasangan suami isteri dan tiga lagi mangsa lain iaitu kanak-kanak.
Kanak-kanak maut, tiga cedera kereta terbabas masuk gaung
Terdapat empat orang mangsa, dua lelaki dewasa dan dua kanak-kanak lelaki.
Nak tunjuk 'King' punya pasal, akhirnya King tersangkut lagi lama
Kereta Perodua Myvi ini apabila mendapat pengajaran paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing.
Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan lori
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada 2.24 petang.
'Flying Sikh' tinggalkan Proton, pilih Perodua Myvi
Katanya, keputusan tersebut terpaksa dibuat selepas tidak mendapat sokongan daripada pengeluar kereta pertama Malaysia itu.
Tiga ditahan samun guna parang, larikan kereta
Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyamun menggunakan sebilah parang dan melarikan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di sebuah kawasan parkir pangsapuri.
Lelaki maut nahas dua kereta di Pantai Remis
Dalam kemalangan itu, seorang maut dan seorang cedera. Kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
Tukar lorong mengejut punca kemalangan 9 kenderaan
Perodua Myvi berkenaan terbalik dan melanggar tujuh buah kenderaan lain yang sedang menunggu dalam kesesakan jalan raya.