SUKAN
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
Selepas tamat tiga pusingan, juri sebulat suara menobatkan Ez sebagai pemenang bout utama berkenaan. - Foto Astro ARENA
PETARUNG muay thai negara, Elias 'Ez' Ghazali Zulfikar, muncul juara acara utama Pertarungan Fury Redemption dengan menewaskan jaguh Indonesia, Fahri Alamshah, di Arena Sukan Kuala Lumpur malam tadi.
Fahri menewaskan seorang lagi petarung negara, Kabilan Jelevan, dalam acara Byon 6 di Indonesia bulan lalu tetapi berdepan Ez kali ini jelas memberikannya kesukaran, terutama ketika menghadapi sikuan berbahaya.
Selepas tamat tiga pusingan, juri sebulat suara menobatkan Ez sebagai pemenang bout utama berkenaan.
Sebagai rekod, Ez, 23, merupakan abang sulung kepada dua petarung sensasi negara, Johan 'Jojo' Ghazali dan Mikael 'Miki' Ghazali.
Jojo sedang menempa nama di pentas ONE Championship, manakala Miki pula memenangi pingat emas buat negara dalam Sukan SEA Thailand baru-baru ini.