SUKAN
Gagal kekal disiplin punca Penang FC7 tewas - Wan Rohaimi
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya malam tadi, skuad Penyu membenam Penang FC menerusi tiga jaringan tanpa balas. -- Foto Facebook Terengganu FC
GEORGE TOWN: Ketua jurulatih Penang FC Wan Rohaimi Wan Ismail mengakui kegagalan anak buahnya mengekalkan disiplin taktikal pada separuh masa kedua menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Terengganu FC (TFC) dalam aksi pembukaan Liga Super musim 2025/2026, malam tadi.
Beliau berkata pemain mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa pertama seperti dirancang, namun gagal mempertahankan rentak itu sebaik dibolosi gol pertama.
"Disiplin taktikal ditunjukkan pemain pada separuh masa pertama berjaya mengekang kemaraan pasukan lawan dan apa yang kita rancang, kita latih telah diterjemahkan dengan baik tetapi malangnya ia tidak dapat dikekalkan sepanjang tempoh 90 minit.
"Selepas gol pertama pemain hilang rentak dan arah, mula melakukan kesilapan mudah. Gol (pertama) itu terlalu mudah dan sedikit sebanyak membunuh semangat juang pemain untuk mengekalkan rentak, apabila gol kedua pula dihasilkan sisa-sisa semangat untuk bangkit terus hilang," katanya selepas perlawanan tamat.
Beliau yang jelas kecewa dengan kekalahan itu bagaimanapun berjanji untuk bangkit dan tempoh masa berbaki dua hari ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memulihkan pasukan.
Pengendali berusia 49 itu berkata fokus turut terarah kepada pemulihan kecederaan serta membetulkan kesilapan sebelum bertemu Melaka FC di tempat lawan pada Rabu ini.
Sementara itu, Ketua Jurulatih TFC Badrul Afzan Razali menyifatkan tiga mata dipungut pada perlawanan berkenaan amat bermakna apatah lagi ketika bersaing di tempat lawan.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan pemain supaya tidak terlalu selesa kerana musim liga baharu sahaja bermula dan masih perlu menempuh perjalanan yang panjang.
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan corak permainan kerana mereka mengikut arahan seperti yang dirancang.
"Walaupun kita menang 3-0 tetapi masih ada beberapa kesilapan dilakukan menyebabkan kita terlepas peluang menjaringkan gol terutama di separuh masa kedua. Apapun kita berterima kasih kepada pemain dan akan cuba memperbaiki kekurangan pada perlawanan seterusnya," katanya.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya itu menyaksikan skuad Penyu membenam Penang FC menerusi tiga jaringan tanpa balas sekali gus menidakkan hasrat Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan pertama di laman sendiri.
Kesemua gol dijaringkan pada separuh masa kedua oleh Azam Azmi Murad, Gabriel Silva dan pemain gantian Mohamad Khalai'f Mohd Naskam masing-masing pada minit ke-49, 54 dan 89.
-- BERNAMA