BINTANG Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi mengatasi pemain bola keranjang NBA, LeBron James dan Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling lumayan pada tahun lepas.
Majalah Forbes dalam laporannya memberitahu, Messi memperoleh pendapatan keseluruhan AS$130 juta (RM569.8 juta) dalam tempoh 12 bulan berakhir 1 Mei 2022, untuk menduduki senarai 10 atlet dengan bayaran tertinggi selepas berada di kedudukan kedua tahun lepas di belakang peninju MMA dari Ireland, Conor McGregor.
Bintang Los Angeles Lakers, James menduduki tempat kedua dengan perolehan pendapatan AS$121 juta (RM530.3 juta), sekaligus memecahkan rekod AS$96.5 juta (RM422.9 juta) untuk pemain NBA yang diciptanya tahun lalu
Kapten Portugal, Ronaldo pula memperoleh AS$115 juta (RM504 juta) menduduki tempat ketiga selain pemain bola sepak Brazil, Neymar AS$95 juta (RM416.4 juta) dan juara NBA tiga kali, Stephen Curry AS$92.8 juta (RM406.7 juta) dari Golden State Warriors melengkapkan kedudukan lima teratas.
Pemain bola keranjang NBA Kevin Durant ($92 juta) berada di tempat keenam manakala pemain tenis Switzerland, Roger Federer, yang bermain lima kejohanan pada 2021 sebelum operasi lutut menyekat musimnya, berada di tempat ketiga dengan jumlah pendapatan AS$90.7 juta.
Tiga tempat terakhir dalam senarai itu dimenangi peninju Mexico, Canelo Alvarez (AS$90 juta), juara Super Bowl tujuh kali Tom Brady (AS$83.9 juta) dan Pemain Paling Bernilai Final NBA Giannis Antetokounmpo (AS$80.9 juta).
Forbes berkata, angka pendapatan di lapangan termasuk semua wang hadiah, gaji dan bonus yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan manakala pendapatan di luar lapangan adalah anggaran tawaran penajaan, yuran penampilan dan pendapatan pelesenan.
Agensi
Thu May 12 2022

Messi memperoleh pendapatan keseluruhan AS$130 juta (RM569.8 juta) dalam tempoh 12 bulan berakhir 1 Mei 2022. - Gambar fail

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Piala Dunia: Hanya tempat Messi terjamin dalam skuad Argentina, kata Di Maria
Angel Di Maria gusar seandainya dia masih belum melakukan yang terbaik untuk menjamin tempatnya dalam skuad Argentina menjelang Piala Dunia Qatar.

Hebat! Messi ledak lima gol, bantu Argentina kekal kebal
Lionel Messi kelima-lima gol ketika Argentina mencatat 33 perlawanan tanpa kalah dengan membenam Estonia 5-0 dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi.

Pique menangis ketika Messi tinggalkan Barcelona
Hubungan Messi selama 21 tahun dengan Barcelona berakhir Ogos lalu apabila dia menandatangani kontrak dengan PSG.

Gaji Messi paling lumayan
Bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi mengatasi pemain bola keranjang NBA, LeBron James dan Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling lumayan pada tahun lepas.

Barcelona enggan ikut jejak langkah Man Utd dalam era pasca Messi - Xavi
Xavi berkata gergasi Catalan itu tidak mampu untuk mengikut pergelutan dihadapi Manchester United baru-baru ini.

Jaringan Messi pastikan PSG julang gelaran Ligue 1 ke-10
PSG hanya memerlukan satu mata di laman sendiri ketika bertemu Lens semalam untuk melengkapkan kejuaraan.

PSG hilang Messi, Neymar untuk sahkan gelaran Ligue 1
Setelah kehilangan Neymar akibat penggantungan, Pochettino mengesahkan Messi antara nama yang akan terlepas perlawanan itu.

Rooney tenang dilabel dengki oleh Ronaldo
Wayne Rooney menegaskan Lionel Messi satu-satunya pemain yang tidak mencemburui Ronaldo ketika membalas kecaman bekas rakan sepasukannya itu selepas dia mengkritik kepulangan penyerang ke MU

Kelayakan Piala Dunia: Suarez pintas rekod jaringan Messi
Suarez kini menemui jaringan 29 kali buat negaranya dalam 62 aksi kelayakan Piala Dunia, satu gol lebih daripada Messi.

Messi tiada dalam perancangan Barcelona - Laporta
Messi meninggalkan Barcelona musim lalu berikutan masalah kewangan kelab itu, yang menghalang pemain terbaik dunia berkenaan menandatangani kontrak baharu.