SUKAN
Gandingan China sekat hajat Pearly-Thinaah pertahan gelaran Terbuka Hong Kong
Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah gagal mempertahankan gelaran juara Terbuka Hong Kong selepas tewas kepada pasangan China dalam separuh akhir. -Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Impian beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk mempertahankan gelaran juara tidak kesampaian apabila tersingkir pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 di Hong Kong Coliseum hari ini.
Ringkasan AI
Naib juara dunia itu gagal mengekang kehebatan gandingan China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian selepas tunduk 14-21, 11-21 dalam tempoh hanya 35 minit.
Kekalahan itu menutup kempen Malaysia pada edisi kali ini selepas Pearly-Thinaah menjadi wakil tunggal skuad negara mara ke separuh akhir.
Thinaah berkata pukulan yang dilakukan beregu China itu menyukarkan mereka untuk mengikut rentak permainan.
"Banyak pukulan yang membuatkan kami lebih bertahan dan ketika itulah serangan lawan menjadi lebih menekan dan agak agresif. Jadi, saya rasa itu perkara yang perlu kami perbaiki dan juga lebih berwaspada," katanya dalam rakaman audio yang dikongsi kepada media.
Sementara itu, Pearly berkata mental mereka agak rapuh ketika cuba mencari lebih banyak mata sewaktu mendahului, sekali gus menyebabkan mereka hilang fokus dan terlupa corak permainan sendiri.
"Pada satu ketika, fokus kami semakin menurun dan kami melakukan banyak kesilapan mudah serta mengikut rentak permainan lawan. Saya rasa, itu yang menyebabkan perlawanan berpihak kepada mereka," katanya, sambil mengakui mereka perlu berehat beberapa hari sebelum menyambung latihan dan membuat persiapan menghadapi kejohanan seterusnya.
Sebagai rekod, Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Hong Kong 2024 selepas menundukkan Liu Shengshu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14 pada pentas final.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah gagal mempertahankan gelaran juara Terbuka Hong Kong selepas tewas kepada pasangan China dalam separuh akhir.
- Mereka tunduk 14-21, 11-21 dalam masa 35 minit, dengan Thinaah menyatakan kesukaran menyesuaikan rentak permainan dan Pearly mengakui hilang fokus semasa mendahului.
- Kekalahan ini menutup kempen Malaysia di kejohanan tersebut, dengan Pearly-Thinaah sebagai wakil tunggal negara yang mara ke separuh akhir.