[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SPORTS

Gara-gara penjaga gol silap 'timing' teguk air, hukumannya gawang bolos!

Ili Hadri Khalil 26/02/2018 | 12:09 MYT
Mark Flekken merupakan penjaga gol MSV Duisburg melakukan kesilapan sewaktu perlawan yang di adakan di Jerman. Instagram/markflekken.
Malang buat Mark Flekken, seorang penjaga gol yang secara tidak sengaja memilih waktu yang salah untuk meneguk air dalam sebuah sebuah perlawanan bola sepak di Jerman.
Kesilapan Flekken sebagai penjaga gol MSV Duisburg sewaktu menentang Ingolstadt menjadi tumpuan ramai penonton yang tidak kurang mengkritik perbuatan tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Duisburg sebelum itu berjaya menjaringkan gol pertama mereka melalui Ahmet Engin pada minit ke-13, namun kejadian tersebut menjadikan mereka seri satu sama pada separuh masa pertama.
Gerrit Nauber merupakan pemain pertahanan Duisburg bertindak menanduk bola ke Flekken, tetapi tidak menyedari bahawa penjaga gol tersebut berada di belakang garisan gol sambil meneguk air.
Stefan Kutschke pemain penyerang Ingolstadt mengambil peluang menolak masuk bola ke dalam gol yang tidak berpenjaga itu pada minit ke-18.
Mujur Borys Tashchy berjaya menyelamatkan pasukan Duisburg dari kekalahan dengan menjaringkan gol pada minit ke-66 melalui tendangan penalti.
Perlawanan itu tamat 2-1 dengan kemenangan Duisburg terhadap Ingolstadt. Susulan kejadian tersebut, Flekken dikecam rakan sepasukannya dengan memberi kejutan di lokar persalinan miliknya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#air #bola sepak #bolos #gawang gol #Jerman #kesilapan #Mark Flekken #penjaga gol