GOL masa kecederaan separuh masa kedua Alejandro Garnacho membolehkan Manchester United membawa pulang tiga mata apabila menjinakkan Fulham, 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage, pada Isnin.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Erik Ten Hag berada di kelompok kelima liga dengan mengumpul 26 mata, 11 mata di belakang pendahulu Arsenal selepas masing-masing mengharungi 14 perlawanan liga, yang berhenti rehat sementara bagi memberi laluan kepada penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar bulan ini.
Pada perlawanan itu, The Red Devils bermula garang apabila mendahului The Cottagers pimpinan Marco Silva hasil rembatan padu dijelmakan oleh bekas pemain Brentford, Christian Eriksen pada minit ke-14'.
Biarpun anak buah Ten Hag mendahului, namun pelawat gagal menguasai rentak perlawanan apabila bertandang ke laman tuan rumah tanpa beberapa tonggak berikutan demam dan kecederaan, bergantung harap kepada serangan pantas.
Kelab London yang tidak mengalah itu akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan bekas pemain Manchester United, Daniel James yang dipinjamkan dari Leeds United pada minit ke-61.
Biarpun Fulham tampil lebih kemas pada babak kedua dan menguasai sebahagian besar permainan, nasib ternyata berpihak pelawat apabila Garnacho yang masuk menggantikan Anthony Martial pada minit ke-72' berjaya menewaskan Bernd Leno di minit ke-93'.
Kunjungan The Red Devils ke London kali ini akhirnya diterjemahkan dalam keputusan positif selepas pelawat kehilangan beberapa tonggak seperti Cristiano Ronaldo, Antony, Jadon Sancho dan Raphael Varane.
"Saya gembira akhirnya berada dalam senarai penjaring pada perlawanan terakhir sebelum Piala Dunia. Ia adalah minggu yang baik," kata Eriksen mengenai gol pertama di Liga Perdana Inggeris sejak menyertai United.
Sementara itu, pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes memuji karakter ditampilkan Garnacho pada perlawanan tersebut.
"Bakat dan tugasannya memberikan perbezaan besar kepada kami setiap kali diturunkan. Ini bukan kali pertama dia memberi impak besar kepada kami," katanya.
KEPUTUSAN
Fulham 1-2 Manchester United
Brighton 1-2 Aston Villa.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 14 2022

Alejandro Garnacho meraikan kejayaan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan EPL antara Fulham dan Manchester United di Craven Cottage, London, 13 Nov 2022. (Foto AP)

Ringkas SPUTNIK: Langkah balas tindakan EU berkuat kuasa di Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Protes di Peru | Kedutaan: Semua rakyat Malaysia selamat
Kedutaan Malaysia di Peru maklumkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam protes yang berlaku di beberapa bahagian negara Amerika Selatan itu termasuk di ibu kota Lima. Kedutaan memaklumkan pihaknya mempunyai pelan kontingensi berdasarkan situasi semasa dan memantau dari pelbagai perspektif sekiranya pengaktifan pelan itu diperlukan.

Ligue 1: Messi jaringkan gol, Mbappe cedera, PSG terus kukuh di tangga teratas
Fabian Ruiz, Lionel Messi dan Warren Zaire Emery menemui sasaran untuk memastikan PSG kekal ampuh di tangga teratas dengan 51 mata.

Jiwa SME | Platform digital pacu kejayaan perusahaan penjagaan rambut
Perubahan dunia perniagaan kepada norma baharu menjadi titik permulaan kepada setiap usahawan untuk mengubah strategi perniagaan demi kelangsungan syarikat. Seorang usahawan wanita turut tidak ketinggalan dalam merevolusi perusahaan penjagaan rambut ke arah pendigitalan. Ria Armiati Ramlan, pengasas Ria Group menggunakan konsep kit penjagaan rambut profesional yang dijual melalui platform digital dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Kewangan Peribadi | Ramai muflis, apa dah jadi?
Ramai muflis disebabkan pinjaman termasuk kad kredit. Adakah masyarakat Malaysia hidup dengan hutang melampau? Atau adakah ada penyelesaian sesuai untuk isu ini? Diskusi penuh bersama Dekan Fakulti Ekologi Manusia dan Pakar Kewangan Pengguna, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri.

Berhimpun tanpa permit: 10 individu dirakam keterangan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya merakam keterangan kesemua individu itu baru-baru ini.

Brek mengejut punca treler terbalik, pemandu maut di Lebuhraya Utara-Selatan
Pemandu treler dikenal pasti sebagai Mohd Nor Afzam, 36 tahun, yang beralamat di Bukit Minyak, Bukit Mertajam.

Isu Miskin Bandar | Polisi dan program kerajaan perlu berkesan
Kerajaan perlu merangka polisi dan program yang berkesan dalam membantu golongan miskin bandar menambahkan pendapatan mereka ketika dunia berdepan ekonomi mencabar tahun ini. Menurut Penyelidik Kemiskinan, Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof Madya Dr. Zumilah Zainalaludin, setiap program yang dilakukan selama ini, perlu dinilai semula keberkesanannya dalam membantu golongan rentan itu.

Statistik | Malaysia cermin pertumbuhan tahunan positif yang konsisten
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan sorotan statistik ekonomi Malaysia siri pertama bagi tahun 2023. Penerbitan itu memaparkan senario ekonomi terkini berdasarkan statistik makroekonomi rasmi yang dikeluarkan oleh DOSM bagi bulan November 2022 dan beberapa statistik akan datang bagi bulan Disember 2022.

Ekonomi | Cabaran ekonomi global, apa kemampuan Malaysia?
Mampukah Malaysia hadapi cabaran ekonomi global serta tambah baik pasaran buruh? Diskusi penuh bersama Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli.

Martial, Fred pacu Manchester United ke final Piala Liga
Babak pertama menyaksikan Weghorst hampir menambah koleksi jaringan sebelum tandukan daripada hantaran silang mengenai palang gol.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

MU terpaksa lupakan khidmat Eriksen sehingga lewat April
Pemain tengah Manchester United (MU), Christian Eriksen dijangka akan berehat panjang disebabkan kecederaan buku lali, umum Kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.

Anwar kongsi pengalaman dengan Sir Alex Ferguson
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkongsi pengalaman dengan pengurus legenda pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, untuk dicontohi persatuan dan badan sukan di negara ini dalam memb

Casemiro yakin United di landasan tepat
Beberapa pihak mempersoalkan tindakan membayar harga mahal untuk Casemiro, namun pemain itu dilihat semakin serasi bersama United.

Jurgen Klopp tangkis kritikan sudah tidak relevan kemudi Liverpool
Jurgen Klopp mempertahankan dirinya daripada kritikan di sebalik musim sukar mengemudi Liverpool apabila menegaskan dia tidak akan menjadi pengurus yang buruk selepas hanya semalaman.

United sudah belajar, ambil pengajaran dari kesilapan - Ten Hag
United ketinggalan 11 mata di belakang Arsenal dalam perebutan kejuaraan EPL di Stadium Emirates Ahad lalu.

Manchester United belum capai mentaliti juara - Ten Hag
Dia menyampaikan amanat itu kepada pemainnya dan berpesan mereka belum bersedia untuk memenangi kejuaraan utama.

EPL: Gol lewat Crystal Palace tamatkan rentetan kemenangan Manchester United
United pada awalnya kelihatan akan memintas Manchester City di kedudukan kedua liga selepas Fernandes membuka jaringan.

Kembali jadi sebuah pasukan - Bruno Fernandes puji kemenangan Man United
Kemenangan United mengekalkan rekod hebat sejak 22 Ogos, apabila kemenangan ke atas Liverpool memberikan kemenangan pertama musim ini.