awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gavin kecewa pemain golf tidak sertai Sukan Asia

Bernama
Bernama
10/08/2023
14:06 MYT
Gavin kecewa pemain golf tidak sertai Sukan Asia
Gavin berharap jawatakuasa pemilihan Sukan Asia itu akan menyemak semula keputusan dan menghantar pemain golf ke Sukan Asia. - Gambar Instagram/Gavinkgreen7
PUTRAJAYA: Pemain golf profesional nombor satu negara, Gavin Green, meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan jawatankuasa pemilihan Sukan Asia untuk tidak menghantar pemain golf untuk beraksi di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, bulan depan.
Gavin, 29, baru ditabalkan juara Piala Corolla Cross 2023 di Kelab Golf Palm Garden, di sini, hari ini, berkata walaupun gagal memenuhi kriteria, jawatankuasa pemilihan tersebut seharusnya menghantar sekurang-kurangnya dua pemain ke Sukan Asia yang dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Sebelum ini, jawatankuasa pemilihan Sukan Asia terdiri daripada wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menetapkan Malaysia akan menghantar pemain yang berada di kedudukan lapan terbaik Asia.
Pemain Olimpik itu, yang berada di ranking ke-199 dunia, berkata pendedahan dan pengalaman pemain amatur negara di kejohanan peringkat tinggi itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
"Saya rasa ia agak menyedihkan dan mengecewakan kerana ketika saya berstatus amatur, kami dihantar ke merata tempat. Bagaimanakah anda akan membiarkan pemain kami bertambah baik jika anda tidak menghantar mana-mana pemain golf (ke Sukan Asia)?
"Penyertaan pasukan di temasya besar perlu dilihat sebagai satu pelaburan untuk pemain menimba pengalaman dan menggilap bakat dan kemahiran supaya menjadi lebih baik. Saya ingin bermain tetapi sibuk (dengan jadual kejohanan profesional), jadi sesiapa sahaja pemain terbaik yang tersedia berdasarkan ranking dunia harus dihantar," katanya.
Gavin berharap jawatakuasa pemilihan Sukan Asia itu akan menyemak semula keputusan dan menghantar pemain golf ke Sukan Asia.
Tiga hari lalu, Persatuan Golf Malaysia (MGA) menyatakan kekecewaan dan kesal dengan keputusan serta kriteria pemilihan yang ketat oleh jawatankuasa pemilihan itu yang disifatkan tidak selaras dengan usaha menggalakkan penyertaan, daya saingan dan pembangunan dalam sukan.
MOM sebelum ini mengumumkan Malaysia akan menghantar kekuatan 294 atlet untuk menyertai 23 jenis sukan di Hangzhou, China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MGA
#daya saingan
#pemain golf
#Sukan Asia Hangzhou 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan