Gempa bumi Turkiye: Bekas bintang EPL disahkan antara korban

Agensi
Februari 18, 2023 09:44 MYT
Christian Atsu disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye. - Sumber foto Twitter/ChelseaFC
BEKAS pemain Liga Perdana Inggeris, Christian Atsu, 31, disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi di Turkiye, baru-baru ini.
Mayat Atsu, yang bermain untuk kelab Hatayspor sejak tahun lalu, ditemui di bawah runtuhan bangunan tempat yang beliau diami di Turkiye.
Atsu tidak dapat dihubungi selepas gempa bumi melanda Turkiye dan Syria pada 6 Februari, namun terdapat kesilapan dalam pengesanan identiti sebelum ini yang melaporkan dia merupakan antara mangsa yang dirawat di hospital.
"Dengan berat hati saya mengesahkan mayat Christian Atsu telah ditemui pagi ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA TURKIYE DAN SYRIA DI SINI
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan sokongan mereka.

Everyone at Chelsea Football Club is devastated to learn of the tragic passing of our former player, Christian Atsu. Our thoughts go out to his family and friends.

— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

We are deeply saddened by today's news that Christian Atsu has been found dead following the earthquake in Turkey earlier this month. Our thoughts are with his family, friends, colleagues at @Hatayspor_FK and everyone affected by this tragic event that has claimed so many lives. pic.twitter.com/W3mWlMcAuf

— Everton (@Everton) February 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

We are profoundly saddened to learn that Christian Atsu has tragically lost his life in Turkey's devastating earthquakes. A talented player and a special person, he will always be fondly remembered by our players, staff and supporters. Rest in peace, Christian.

— Newcastle United FC (@NUFC) February 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sementara kami menguruskan apa yang perlu, saya harap semua pihak menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh masa yang sukar ini," kata wakil Atsu, Nana Sechere dalam satu kenyataan.
Bekas kelab Atsu, Newcastle dalam satu kenyataan meluahkan kesedihan atas pemergian Atsu, yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang berjaya kembali ke Liga Perdana pada 2017.
Berasal dari Ghana, Atsu juga pernah bermain untuk Chelsea, Bournemouth dan Everton.
#Christian Atsu #Liga Perdana Inggeris #Gempa Bumi Turki #gempa bumi Syria