SPORTS

Genius! Perangkap off-side Jepun 'terbaik dalam sejarah' - Netizen

Agensi 25/06/2018 | 05:36 MYT
Pertahanan Jepun berjaya memerangkap pemain Senegal dengan berlari serentak ke hadapan, menyebabkan enam pemain Senegal kena perangkap 'off-side'. -Twitter/@MarkMravic
SEPANJANG musim Piala Dunia ini, banyak yang diperkatakan tentang pasukan-pasukan yang bertanding, antaranya cara sepakan percuma diambil, jaringan yang dihasilkan, selain set-piece menarik sepanjang perlawanan berlangsung.

Namun ada satu lagi yang turut menarik perhatian kalangan peminat bola sepak di media sosial iaitu perangkap off-side pada perlawanan Jepun menentang Senegal dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Ekaterinburg Arena, malam tadi.

Ketika kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1, Senegal dianugerahkan sepakan percuma dalam minit-minit terakhir sebelum wisel tamat separuh masa pertama.

Strategi perangkap off-side pasukan Samurai Blue itu sangat teratur dan dianggap netizen sebagai yang terbaik dalam sejarah.

Pasukan pertahanan Jepun berjaya memerangkap pemain Senegal dengan serentak berlari menuju ke hadapan, menyebabkan keenam-enam pemain The Lions of Teranga off-side.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pada perlawanan itu, Jepun dan Senegal berkongsi satu mata apabila seri 2-2 dalam saingan Kumpulan H.

#AwaniFIFA #bola sepak #FIFA #Jepun #off-side #Piala Dunia #RayaBola2018 #Rusia #Senegal