awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerrard bakal bersama L.A. Galaxy Julai nanti

AFP
AFP
08/01/2015
03:13 MYT
Gerrard bakal bersama L.A. Galaxy Julai nanti
Penghijrahan Gerrard ke Amerika Syarikat seperti mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan England, David Beckham. - Gambar fail
Kapten Liverpool Steven Gerrard kini semakin hampir untuk menandatangani kontrak 18 bulan bersama pasukan bola sepak Liga Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy, menurut laporan BBC Selasa.
Gerrard, 34, Jumaat lalu mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim selepas 25 tahun berkhidmat untuk kelab tersebut. Dia juga mendedahkan tentang penghijrahannya ke Amerika Syarikat.
Laporan BBC tersebut yang tidak memetik mana-mana sumber, menyatakan bahawa bekas kapten pasukan England berkenaan bakal menandatangani kontrak yang bernilai kira-kira 6 juta pound (RM32 juta) bersama Galaxy.
Perpindahan Gerrard ke Galaxy bermakna pemain itu akan bersatu kembali dengan rakan sepasukan lamanya di Liverpool iaitu Robbie Keane. Ia sekali gus menyaksikan Gerrard seolah-olah mengikut jejak langkah bekas rakan pasukan England, David Beckham, yang telah berkhidmat selama lima tahun dengan kelab dari California itu.
Gerrard telah dua kali menjaringkan gol untuk Liverpool dalam kemenangan pusingan ketiga Piala FA Isnin lalu, menjadikan rekodnya bertambah menjadi sembilan jaringan musim ini.
Dalam perkembangan berkaitan, jurulatih L.A. Galaxy Bruce Arena yang diwawancara LA Times, telahpun mengesahkan Gerrard akan menyertai kelab itu pada Julai nanti.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bola sepak
#LA Galaxy
#Liverpool
#steven gerard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan