awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Giggs rujuk Fergie sebelum ambil alih tugas Wales

Astro Arena
Astro Arena
16/01/2018
03:38 MYT
Giggs rujuk Fergie sebelum ambil alih tugas Wales
Selepas pengganti Ferguson di United, David Moyes, gagal pada musim pertamanya, Giggs (gambar) bertindak sebagai jurulatih sementara Red Devils. - REUTERS/Darren Staples/File Photo
RYAN GIGGS mendedahkan dia telah merujuk kepada bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, sebelum mengambil alih jawatan ketua jurulatih Wales.
Bekas pemain sayap United itu yang menghabiskan masa selama 23 tahun di bawah bimbingan Ferguson di Old Trafford, sah dilantik sebagai pengendali baru Wales, semalam.
Pelantikan Giggs berikutan peletakan jawatan Chris Coleman pada November lalu sementara pengurus berusia 44 tahun itu sebelum ini juga dikaitkan dengan kerusi panas di Swansea.
Selepas pengganti Ferguson di United, David Moyes, gagal pada musim pertamanya, Giggs bertindak sebagai jurulatih sementara Red Devils dalam empat perlawanan akhir pada musim 2014 dan kemudiannya bertugas sebagai pembantu kepada Louis van Gaal.
Dia meninggalkan kem pasukan itu sebaik Jose Mourinho tiba dan dalam sidang media semalam, Giggs mengesahkan dia telah meminta nasihat bekas mentornya, Ferguson, di mana dia memenangi 25 kejuaraan utama.
"Ia satu tindakan kurang bijak jika tidak mengendahkannya," kata Giggs. "Dia salah seorang pengurus terbaik sepanjang zaman.
"Saya bercakap dengannya tetapi saya mahu menjadi pengurus dengan cara saya sendiri."
Pelantikan Giggs dipenuhi dengan reaksi bercampur-baur dalam kalangan penyokong, tetapi pemain yang pernah membuat 64 penampilan untuk negaranya itu tetap tidak terperanjat dengan kritikan yang diterima.
"Sebab itulah saya tidak berada di dalam laman sosial!" katanya. "Tetapi, saya sedar kritikan akan hadir dan saya akan mencurahkan segalanya.
"Keindahan dalam bola sepak adalah, semua orang mempunyai pendapat dan anda perlu menerimanya. Saya melakukannya sebagai pemain dan saya akan bekerja keras untuk menghasilkan pasukan yang menang.
"Acap kali dikatakan, karier hebat sebagai pemain tidak bermakna anda akan menjadi pengurus yang baik, tetapi saya akan melakukan apa yang saya mampu sebagaimana ketika saya bergelar pemain.
"Saya mahu menikmatinya, saya mempunyai sekumpulan pemain yang hebat untuk bekerjasama.
"Siapakah yang boleh melupakan Kejohanan Euro 2016? Sebagai seorang rakyat Wales, saya bangga menonton aksi mereka di Perancis (ketika Wales mara ke peringkat separuh akhir), saya ingin membawa kami kembali ke sana."
Topic Berkaitan
#Alex Ferguson
#bola sepak
#David Moyes
#Jose Mourinho
#laman sosial
#Louis van Gaal
#Manchester United
#Ryan Giggs
#Wales
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan