KUALA LUMPUR: Skuad angkat berat kebangsaan terus menyinar apabila giliran Muhammad Erry Hidayat pula merangkul pingat perak, pada Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel 2022 di Tashkent, Uzbekistan, malam tadi.
Bersaing dalam kategori 73 kilogram (kg), Muhammad Erry melakukan angkatan 136kg bagi acara 'snatch' dan 165kg untuk 'clean and jerk', dengan keseluruhan angkatan seberat 301kg.
Pingat emas menjadi milik atlet India Achinta Sheuli yang sekali gus layak secara automatik ke Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom manakala Mudiyanselage Indika Chathur Dissanayake dari Sri Lanka membawa pulang gangsa.
Kejohanan tersebut bersekali dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 itu, turut menyaksikan atlet berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur itu berada di tempat ke-12, dengan atlet Indonesia Erwin Abdullah meraih emas manakala Briken Calja dari Albania meraih perak dan gangsa menjadi milik Suttipong Jeeram dari Thailand.
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia Datuk Ayub Rahmat dalam kenyataan berkata atlet kebangsaan yang belum meraih tempat ke temasya di Birmingham, dijangka menyertai Kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel di Singapura tahun depan.
Muhammad Erry pernah melakar sejarah apabila merangkul emas acara 69kg lelaki dengan jumlah angkatan keseluruhan 255kg pada Kejohanan Komanwel Belia di Apia, Samoa pada September 2015.
Sebelum ini, dua badang negara Muhamad Aznil Bidin meraih emas kategori 61kg semalam serta Mohamad Aniq Kasdan yang menggungguli kategori 55kg pada Selasa lepas, telah menempah slot ke Sukan Komanwel Birmingham pada kejohanan di Uzbekistan itu.
Kejohanan bermula pada 7 Dis itu akan berakhir pada 17 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Muhammad Erry pernah melakar sejarah apabila merangkul emas acara 69kg lelaki dengan jumlah angkatan keseluruhan 255kg pada Kejohanan Komanwel Belia di Apia, Samoa pada September 2015. - Gambar fail/Astro ARENA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Muhammad Erry, Joe Ee dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan 2021/2022
Muhammad Erry Hidayat dan Ng Joe Ee masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan pada Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021/2022.
Kem angkat berat terus cemerlang, Muhammad Erry sumbang perak
Muhammad Erry Hidayat menaiki podium dalam kategori 73 kilogram lelaki di belakang atlet India, Achinta Sheuli.
Giliran Muhammad Erry menyinar di Uzbekistan
Bersaing dalam kategori 73kg, Muhammad Erry melakukan angkatan 136kg bagi acara 'snatch' dan 165kg untuk 'clean and jerk'.