[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Giliran Pierre-Emerick Aubameyang ke Arab Saudi

Astro Arena 19/07/2024 | 01:45 MYT
Aubameyang menyertai pasukan itu selepas hanya semusim bersama Marseille, di mana dia menjaringkan 30 gol daripada 51 penampilan. - Foto X/@FabrizioRomano
PIERRE-Emerick Aubameyang sah menjadi pemain pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Pro Saudi, Al-Qadsiah, selepas mengikat kontrak selama dua tahun.
Penyerang berusia 35 tahun itu menjadi pemain berprofil tinggi terbaru menyertai kelab Arab Saudi berkenaan selepas ketibaan Nacho dan Koen Casteels, masing-masing daripada Real Madrid dan Wolfsburg.
Aubameyang menyertai pasukan itu selepas hanya semusim bersama Marseille, di mana dia menjaringkan 30 gol daripada 51 penampilan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pernah memenangi La Liga bersama Barcelona, Aubameyang juga memenangi DFB-Pokal sewaktu bersama Borussia Dortmund dan Piala FA Inggeris bersama Arsenal. - Stadium Astro
#Pierre-Emerick Aubameyang #Al-Qadsiah #Liga Pro Saudi #Marseille