GIMNAS lelaki negara, Jeremiah Loo, memutuskan untuk bersara pada usia 24 tahun memandangkan bergelut untuk belum pulih sepenuhnya hingga menjejaskan persiapannya menghadapi jadual pada sepanjang tahun ini.

Dia menanggung kecederaan pergelangan tangan kirinya sejak April tahun lalu tetapi memutuskan untuk bertahan bagi meneruskan perjuangan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi acara individu all-around.

Dengan peruntukan yang diterima Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jeremiah mengakui ia amat membantu atlet cuma persaraan ini atas faktor fizikalnya.

"Saya terpaksa bersara kerana keadaan kesihatan fizikal.

"Sebelum ini saya terpaksa bertahan demi menghadapi Sukan Olimpik.

"Walaupun saya berusaha untuk pulih selepas itu tapi tidak mampu capai 100 peratus," katanya.

Sebaik mengakhiri kontrak sebagai atlet hujung bulan ini, dia tidak menolak untuk beralih ke bidang kejurulatihan pula.

"Saya mungkin merancang menjadi jurulatih dan masih kekal dalam bidang sukan.

"Apa pun saya masih mencari hala tuju."