awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gimnastik: Tan Fu Jie, Jeremiah kongsi emas kekuda berpelana

Astro Arena
Astro Arena
22/08/2017
07:28 MYT
Gimnastik: Tan Fu Jie, Jeremiah kongsi emas kekuda berpelana
Jeremiah Loo Phay Xing pada acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik berpasukan Sukan SEA ke 29, 20 Ogos, 2017. --fotoBERNAMA / Fail
TIGA lagi pingat emas hadir daripada kem gimnastik menerusi acara kekuda berpelana dan melombol di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), hari ini.
Atlet wanita, Tan Ing Yueh, mengungguli acara melombol dengan kutipan 13.400 mata, sekaligus meraih pingat emas.
Wakil Indonesia, Rifda Irfanaluthfi membawa pulang pingat perak dengan 13.288 mata sementara seorang lagi wakil negara, Tracie Ang, mengutip gangsa dengan 12.725 mata.
Tracie turut mengutip pingat perak dalam acara palang tak sejajar apabila hanya dipisahkan dengan 0.325 dengan pemenang pingat emas, Kaitlin Cera Lianne De La Cruz dari Filipina, yang mengutip 12.875 mata.
Sementara itu, dua gimnas lelaki negara, Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo Phay Xing, berkongsi pingat emas dalam acara kekuda berpelana selepas masing-masing meraih 13.650 mata.
Tiada pingat perak diberikan dan gangsa menjadi milik gimnas Thailand, Jamorn Promanee.
Dalam perkembangan lain, Zul Bahrin Mat Asri berjaya menambah koleksi pingat perak kontinjen negara dalam acara senaman lantai selepas mencatat 13.750 mata.
Emas menjadi milik wakil Filipina, Capellan Reyland Yuson, yang berjaya mempertahankan pingat dimenanginya di Singapura dua tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Filipina
#gimnastik
#Indonesia
#Jeremiah Loo Phay Xing
#kekuda berpelana
#KL2017
#Malaysia
#melombol
#pingat emas
#Sukan SEA
#Tan Fu Jie
#Tan Ing Yueh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan