Gol lagi dan lagi! Ini puncanya LA Galaxy dambakan Zlatan Ibrahimovic

Astro Arena
April 1, 2018 00:35 MYT
Ibrahimovic meledakkan dua gol dan menunjukkan kepentingan Galaxy yang berusaha mendapatkan khidmat penyerang itu ke Amerika Syarikat. - REUTERS
ZLATAN Ibrahimovic mengharungi permulaan terbaik dalam saingan Liga Bolasepak Utama (MLS) selepas meledak dua gol dalam tempoh 19 minit ketika LA Galaxy bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk menewaskan Los Angeles (LA) FC 4-3.
Ibrahimovic tiba di California, Khamis lalu, dan menyempurnakan satu sesi latihan sebelum aksi 'derby' dengan jiran baru mereka.
Ibrahimovic meledakkan dua gol dan menunjukkan kepentingan Galaxy yang berusaha mendapatkan khidmat penyerang itu ke Amerika Syarikat.
Pada mulanya, ia adalah aksi sulung yang perlu dilupakan oleh bekas penyerang Manchester United itu apabila Galaxy ketinggalan 3-0, dengan Carlos Vela menjaringkan dua gol buat LA FC.
Sebastian Lletget memulakan kebangkitan mereka dan Chris Pontius menjadikan kedudukan 3-2 selepas Ibrahimovic memasuki padang.
Voli dari luar kotak penalti yang disempurnakan Ibrahimovic menjadikan kedudukan 3-3, sekali gus meningkatkan semangat Galaxy untuk mencipta kemenangan.

Ibrahimovic on his @MLS debut for @LAGalaxy COME ONNN video: @FOXSoccer pic.twitter.com/4FrsX0KIe7

— GeniusFootball (@GeniusFootball) March 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #California #LA Galaxy #Los Angeles #Manchester United #Twitter #video #Zlatan Ibrahimovic